Dr Sheikh Muszaphar Mahu 6 Anaknya Ikut Jejak Langkah Jadi D0ktor

Baru sahaja menimang cahaya mata kembar dan kini mempunyai enam orang anak, angkasawan negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar mempunyai impian untuk melihat semua anaknya mengikut jejak langkahnya menjadi seorang d0ktor.

Menurut Dr Muszaphar, beliau cuba mended4hkan anak-anaknya dengan segala hal berkaitan dunia pervbatan pada usia muda seperti yang pernah dilakukan oleh arw4h bapanya.

“Impian saya mahu menjadikan semua anak saya sebagai doktor. Dr Isabella, Dr Natasha, Dr Adam, Dr Noah, Dr Eusoff dan Dr Emelia,” tulisnya.

Dr Muszaphar turut memuat naik foto anak kembarnya, Eusoff dan Emelia yang menjalani sesi fotografi berkonsepkan profesion sebagai d0ktor. Menerusi entri itu, beliau turut mengimbau kenangan perjalanannya menjadi seorang d0ktor.

“Saya bercita-cita mahu menjadi d0ktor sejak umur 6 tahun. Bapa saya perkenalkan dengan stet0skp, mikr0skop, buku berkaitan bi0logi sejak usia muda membuatkan saya cakap saya pada diri ‘saya mahu jadi dokt0r’ sebanyak 10 kali sehari.

“Malah, turut ada poster di dinding untuk ingatkan saya setiap kali saya bangun tidur,” katanya.

Dalam pada itu, Dr Muszaphar berkongsikan dia sudah mula berjinak-jinak melakukan pemded4han ke atas haiwan pada usia muda serta bangga kerana berjaya mencapai impian menjadi d0ktor.

“Pertama kali bed4h katak pada usia 8 tahun. Saya tak pernah mahu menjadi selain dokt0r, malah saya bangga berjaya capai impian itu.

“Bapa saya menggunakan kuasa visual ketika membesarkan saya ‘What the Mind believes, the Body can Achieve’. Inilah apa yang ayah beritahu setiap hari dan saya lakukannya pada anak-anak saya pula,” katanya.

Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr. Halina telah mendirikan rumah tangga pada 10 Oktober 2010 dan telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha dan kembar lelaki, Sheikh Adam dan Sheikh Noah.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : rotikaya

Be the first to comment on "Dr Sheikh Muszaphar Mahu 6 Anaknya Ikut Jejak Langkah Jadi D0ktor"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*