Che Ta pilih bersanding ala kampung rai ulang tahun ketujuh perkahwinan

“Selagi muka nampak elok dalam gambar, saya akan raikan ulang tahun perkahwinan bersama suami, Zain pada setiap tahun,” demikian kata pelakon Rozita Che Wan.

Menerusi perkongsian foto-foto di muat naik di Instagram, Rozita atau mesra disapa Che Ta meraikan ulang tahun ketujuh perkahwinannya bersana Zain di Langkawi, Kedah, dalam suasana kenduri dan persandingan ala kampung dengan menggayakan busana songket tradisional berwarna hijau.

Berbicara mengenai majlis itu, Che Ta  dihubungi berkata tahun ini memang dia memilih tema tradisional, berbaju songket dan suasana kenduri ala kampung.

“Bajet saya untuk majlis kenduri persandingan itu tidaklah besar sebab, pakaian dapat tajaan daripada Man Kajang. Begitu juga dengan fotografer. Cuma, kos tertumpu pada sewa villa dan hidangan makanan.

“Tetamu pun tak ramai, cuma ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja yang ada kelapangan masa mereka menyertai percutian singkat itu. Tak lama pun, saya sekeluarga bercuti di Langkawi, dakam tiga hari,” katanya.

Menurut Che Ta lagi, dia juga mengadakan majlis ulang tahun perkahwinan itu bukan untuk menunjuk-nunjuk bahagia dan kehidupan mewah. Katanya, ia sekadar untuk bergembira meraikan semula hari bahagianya bersama suami.

“Semua orang sebenarnya, boleh meraikan ulang tahun perkahwinan mereka mengikut bajet masing-masing. Bagi saya pula, majlis itu diadakan untuk meraikannya bersama keluarga setiap tahun.

“Ditambah, pada saya majlis itu umpama kita ‘perbaharui passport’ perkahwinan. Cuma, nampak meriahnya ia dirai bersama ahli keluarga dan kenalan rapat  sahaja,” katanya.

Ujar Che Ta, memandangkan tahun ini negara berhadapan penuIaran C0vid-19 dan sempadan ke luar negara di tutup, maka kesempatannya dapat meraikan ulang tahun perkahwinan di Langkawi pun sudah memadai.

Che Ta dan Zain bernikah pada Disember 2013 selepas berkenalan ketika membintangi drama Kiah Pekasam.pada 2009. Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana, enam tahun, selain Che Ta turut memiliki dua anak lelaki daripada perkahwinan terdahulunya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : HM

Be the first to comment on "Che Ta pilih bersanding ala kampung rai ulang tahun ketujuh perkahwinan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*