Ernie Zakri Dan Syamel Berjaya Buka Kafe Bersama

Pasangan selebriti yang sudah pun bergelar tunangan, Ernie Zakri dan Syamel dilihat semakin memantapkan kewangan masing-masing apabila bekerjasama membuka kafe yang menyediakan menu-menu istimewa serta kudapan ringan buat santapan pengunjung.

Menerusi Instagram Ernie Zakri, dia telah memuat naik gambar-gambar semasa pembukaan kafe mereka semalam yang berlangsung di lokasi kafe tersebut di Setapak.

Dalam perkongsian yang dibuat oleh penyanyi berusia 28 tahun itu, dia mengucapkan terima kasih kepada Syamel yang juga tunangnya kerana bersama-sama melaksanakan impian mereka dengan membuka kafe yang diberi nama Se-Table Cafe.

Ernie turut membuat posting memotong reben perasmian kafe bersama seorang lagi kenalan yang membangunkan perniagaan tersebut.

Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata peminatnya dan warganet telah mengucapkan tahniah diatas pembukaan Se-Table Cafe yang bertempat di Platinum walk, Setapak ini.

Mereka juga mendoakan agar perniagaan pasangan merpati dua sejoli tersebut berkembang maju dan hubungan mereka berkekalan hingga ke jinjang pelamin seterusnya hingga ke Jannah.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : KL Press

Be the first to comment on "Ernie Zakri Dan Syamel Berjaya Buka Kafe Bersama"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*