“Terlalu Rindu Papa”Marissa Rela Datang Surprisekan Norman Hakim

Umum sedia maklum bahawa keluarga besar pelakon Norman Hakim sememangnya meriah apabila dia dan bekas isteri iaitu Abby Abadi tidak pernah memvtuskan hubungan kekeluargaan sehingga masing-masing kekal akrab.

Aktor bertubuh sasa itu juga tidak lokek berkongsi momen-momen bahagia bersama anak-anak yang sudah meningkat dewasa dan pastinya hubungan mereka sangat rapat.

Menerusi satu perkongsian terbarunya di Instagram, pelakon berusia 44 tahun itu telah memuat naik satu video kejvtan daripada anak gadisnya Marissa Dania Hakim apabila hadir ke set pengambaran secara senyap-senyap untuk bertemu dengannya.

Dalam video tersebut, jelas kelihatan Marissa yang memakai pelitup mulut berpura-pura menghantar air kepada bapanya yang sedang melakukan perbincangan semasa sedang menjalani pengambaran drama The Maid.

Tidak lama selepas itu, Norman Hakim perasan akan kehadiran anaknya dan terus memeIuk dan menc1um dahi puteri tersayang.

Situasi tersebut telah mendapat perhatian warganet yang rata-rata berasa terharu melihat momen dua beranak ini yang terlihat sangat akrab.

Mereka juga berasa ‘cemburv’ melihat hubungan bapa dan anak gadisnya yang sangat dekat sehingga Marissa menitiskan air mata kerana merindui bapanya.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : KL Press

Be the first to comment on "“Terlalu Rindu Papa”Marissa Rela Datang Surprisekan Norman Hakim"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*