Ain Edruce Belikan Suami Piano RM20,000, Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan

Menyambut ulang tahun perkahwinan pertama baru-baru ini, pelakon dan pengacara Ain Edruce membuat kejvtan menghadiahkan sebuah piano bernilai RM20,000 untuk suaminya, Amirul Hafiz Mustaffa.

Menerusi saluran YouTube miliknya, Ain berkongsikan video kejutan tersebut buat peminatnya. Menerusi video tersebut Amirul dilihat terkejut dengan hadiah yang diterima.

“Sayang, saya ada hadiah untuk awak di atas. Gembira tak? Saya beli hadiah ini supaya awak dapat belajar bermain piano dan buktikan saya bukan berpura-pura pandai selama ini,” katanya

Apa yang menjadi perhatian suaminya tertanya-tanya bagaimana isterinya membawa masuk piano tersebut ke tingkat satu kediaman mereka. Bagaimanapun, Amirul memberitahu hadiah tersebut bukan untuk dirinya.

“Sumpahlah awak beli piano ini? Macam mana boleh bawa naik ke atas? Ini bukan untuk saya tapi hadiah awak (Ain). Ini tidak adil,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ain yang mengesahkan nilai piano berkenaan berkata tujuannya membeli alat muzik itu adalah untuk kegunaan bakal cahaya mata sulung mereka pada masa akan datang.

“Insya-Allah kalau usia piano ini panjang, saya memang bercadang untuk mengajar dan menghantar anak mengikuti kelas piano,” katanya ringkas.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : rotkaya

Be the first to comment on "Ain Edruce Belikan Suami Piano RM20,000, Hadiah Ulang Tahun Perkahwinan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*