Terlalu terkejvt diumum juara GV7, Cliff Umar akui tak fikir dulu sebelum cakap – “lrritating yang saya maksudkan bila cakap pakai face mask di atas pentas”

GARA-GARA mengatakan pelitup muka irri1ating (meng4nggu) untuk berucap selepas diumum sebagai juara Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), penyanyi Cliff Umar dikec4m netizen di laman sosial.

Rata-rata netizen menganggap kata-kata vokalis kumpulan Pistol itu tidak menjaga sens1iviti banyak pihak terutama barisan hadapan yang bertungkus lumus menjaga keselamatan demi menangani wab4k C0vid-19.

Cliff, bagaimanapun berkata dia tidak mempunyai niat untuk membuat mana-mana pihak terasa hati namun akui terlalu terkejvt dengan kemenangan tersebut sehingga bercakap tanpa memikirkan terlebih dahulu.

Cliff terkejvt apabila diumumkan sebagai juara.

“Baru umum menang… selalu saya akan berfikir dahulu sebelum bercakap apa-apa tapi ketika itu, saya terlalu terkejvt. Yela, siapa sangka saya akan menang? Saya sendiri pun tak terfikir akan menang.

“Jadi, bila tengah terkejvt terlepas cakap perkara yang saya tak fikir dahulu. Sepatutnya saya tak cakap perkara itu dan saya minta maaf sangat. Tiada niat nak menyinggung perasaan mana-mana pihak terutama frontliners,” katanya.

Pada malam konsert akhir GV7 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada Ahad, Cliff membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM100,000, pakej percutian dan penginapan berserta sebuah trofi.

Penyanyi Muss selaku naib juara menerima hadiah kemenangan berupa wang tunai RM50,000 berserta sebuah trofi manakala tempat ketiga pula milik Ayu Damit membawa pulang RM30,000.

Tempat keempat pula menjadi milik Noraniza Idris dengan hadiah wang tunai RM20,000 berserta trofi dan tempat kelima Linda Nanuwil (RM15,000) manakala keenam serta ketujuh pula menjadi milik Oja (RM10,000) dan Ashira (RM5,000).

Dalam pada itu, penyanyi berusia 38 tahun ini menjelaskan perkataan ‘irri1ating’ itu bermaksud dia tidak berasa selesa dan sukar untuk bercakap dengan memakai pelitup muka ketika berada di atas pentas.

Cliff bersama naib juara, Muss manakala Ayu ditempat ketiga.

“Maksud irr1tating yang saya cakap itu di atas pentas. Bila nak cakap dengan memakai face mask, rasa tak selesa sikit sebab akan jadi berkuap dekat situ… susah nak bercakap.

“Saya minta maaf sangat… saya tak maksudkan apa-apa atau tiada rasa hormat terhadap mana-mana pihak. Saya tak sangka menang… terkeluar pula kata-kata itu,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

Be the first to comment on "Terlalu terkejvt diumum juara GV7, Cliff Umar akui tak fikir dulu sebelum cakap – “lrritating yang saya maksudkan bila cakap pakai face mask di atas pentas”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*