“Dulu Nak 7 Orang Anak, Tapi Sekarang Macam Fikir 10 Kali Sebab…,” -Mawar Rashid Jawab Pertanyaan Peminat

Selepas mengumumkan dirinya bakal meIahirkan bayi perempuan tidak lama lagi, pelakon dan ahli perniagaan, Mawar Rashid membuka ruang buat pengikutnya di Instagram untuk bertanya mengenai apa sahaja.

Salah satu yang mencur1 tumpuan kami ialah apabila peserta Dewi Remaja 2015 ini ditanya berapakah bilangan anak yang dimpikan Mawar.

Jawab isteri kepada Raf Yaakob ini, dia pernah merancang untuk memiliki tujuh orang cahaya mata.

“Dulu nak 7 orang anak, tapi sekarang macam fikir 10 kali. Banyak sebabnya, zaman sekarang bukan macam zaman dulu.

“Tapi Mawar memang suka anak ramai. Adik-beradik Mawar pun 7 orang, InsyaAllah. Sekarang ni Mawar nak fokus jaga uang kecil-kecil ni dulu,” tulisnya menerusi Ask Me Question.

Terdahulu, Mawar berkongsi berita gembira itu menerusi sebuah video yang dimuat naik ke saluran YouTubenya, pada Isnin.

Mawar dan suami telah pun dikurniakan anak sulung, Raden Muhammad Rafael yang kini berusia setahun sembilan bulan.

Kini sedang s4rat hamiI 8 bulan, Mawar dijangka bakal bersaIin pada pertengahan Januari 2021.

Foto: Instagram Mawar Rashid

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MH

Be the first to comment on "“Dulu Nak 7 Orang Anak, Tapi Sekarang Macam Fikir 10 Kali Sebab…,” -Mawar Rashid Jawab Pertanyaan Peminat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*