“Nak Jumpa Sebab Nak Kenal Michael Ang Lebih Dekat”

Sebelum berlangsung pentas akhir Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7), h4ngat diperkatakan apabila penyanyi Noraniza Idris terkiIan dengan kr1tikan ped4s yang diberikan oleh Michael Ang di media sosial terhadap persembahannya.

Memegang kata-katanya sebelum ini dimana dia berhasrat untuk bertemu dengan pengarah itu, Noraniza berkata dia tidak menyimpan dendam sebaliknya mahu berjumpa dengan untuk kenal Michael dengan lebih dekat.

“Sebenarnya, tiada apa pun tetapi saya tak boleh t1pu memang berem0si. Bukan apa, individu berpengaruh macam Michael boleh menarik orang untuk bercakap perkara yang tidak elok. Macam mengvmpat.

“Bahasa yang digunakan pun tidak berapa manis, saya tidak biasa. Kita ajar budak-budak dan golongan pelapis tentang adab dan sebagainya tetapi orang yang kita tidak kenal cakap gunakan bahasa yang kurang manis. Kita orang Malaysia, ada adab dan tatasusila dalam bercakap.

“Sejujurnya, tiada rasa dend4m cuma tujuan saya nak berjumpa dengan Michael kerana ingin mengenalinya dengan lebih dekat. Kalau macam Azwan Ali saya sudah kenal walaupun mulut dia bising tetapi kita kenal. Saya tak kenal Michael. Nama sahaja kenal jadi saya nak kenal dia secara peribadi,” ujar.

Terdahulu, nama Noraniza antara penyanyi yang sering mendapat krit1kan ped4s dan negat1f daripada Michael. Malah, Noraniza mahu bersemuka dengan pengarah itu selepas tamat program berkenaan.

Susulan kenyatannya itu, Michael berkata dia bersedia untuk bersemuka dengan penyanyi itu. Ujarnya, bukan hanya Noraniza tetapi semua peserta turut mendapat krit1kan jika persembahan tidak bagus. Katanya lagi, jika menyertai pertandingan realiti sepatutnya sudah bersedia dengan krit1kan.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : rotikaya

Be the first to comment on "“Nak Jumpa Sebab Nak Kenal Michael Ang Lebih Dekat”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*