“Nikmat Terindah Di Dunia Ialah Isteri Solehah,” – Isi Masa, Ebit Lew Bawa Isteri Makan Angin Ke Langkawi

Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew telah pun meluangkan masa bersama isterinya menikmati percutian di Pulau Langkawi.

Kongsi Ebit, dirinya berasa sangat bahagia kerana dikurniakan seorang yang isteri penyayang.

“Dating dekat Langkawi dengan bidadari. Rindunya. Dah nak habis tahun 2020. Ujian berat c0vid 19. Tapi bila disisi orang kita cintai sayangi tetap terasa bahagia dan tenang.

“Sekejap je rasa.. pergi mana selalunya wanita diluar sana semua cakap kirim salam bidadari ustaz yer.

“Bidadari saya kata, kasihan abang pen4t jer, saya lagi kasihankan bidadari yang sentiasa berk0rban buat suami, anak-anak dan ummah,” tulisnya.

Ebit pada masa sama berkongsi akan kecintaannya terhadap isteri tercinta.

“Duduk dengan bidadari abang terus hiIang semua penat letih. Tengok muka orang kita cintai. Pegang tangannya. Semuanya jadi kebaikan. Benarlah kata orang dulu. Nikmat terindah didunia ini ialah isteri solehah.

“I love you sayang bidadariku. Best hotel westinlangkawi…Terima kasih cruise sea splash.

“Best selesa dan seronok sangat banyak perkara dapat buat dengan bidadari tercinta. Terima kaseh @seasplashlangkawi atas layanan dan pengalaman indah hari ini-ebitlew,” titipnya lagi di Instagram.

Bahagia harmoni, Ebit dan isteri telah dikurniakan empat orang cahaya hasil perkongsian hidup mereka berdua.

Foto: Instagram Ebit Lew

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MH

Be the first to comment on "“Nikmat Terindah Di Dunia Ialah Isteri Solehah,” – Isi Masa, Ebit Lew Bawa Isteri Makan Angin Ke Langkawi"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*