Hannah Delisha Tak Risau Soal Rezeki Setelah Berhijab

Membuat keputusan untuk berhijab pada September lalu, pelakon Hannah Delisa mengakui dia pernah terfikir tentang soal rezeki selepas dia memilih untuk berhijrah.

Bagaimanapun, Hannah berkata dia tidak perlu risau kerana dia percaya dengan ketentuan dan segala rezeki adalah daripada Allah. Ujarnya, apa yang penting baginya dia sudah menjalankan tugas sebagai hambaNya.

“Saya pernah terfikir adakah akan terg4nggu sesetengah kerja setelah berhijab? Tetapi bila fikir balik apa yang penting saya berhijab untuk siapa? Untuk Allah.

“Rezeki pun datang dari Allah, Dia yang tentukan dan izinkan rezeki datang kepada kita. Jadi saya tak perlu risau, yang penting saya dah buat kerja sebagai hambaNya dan berasa lebih tenang,” katanya.

Enggan memikirkan sangat mengenai soal rezeki, Hannah berkata dia ada menerima tawaran daripada satu jenama tudung terkemuka dan akan mengumumkan tentang hal tersebut di masa akan datang.

“Saya tak nak tertek4n sangat fikir pasal rezeki. Dari dulu saya berserah pada Allah. Sykur Alhamdulillah saya ada terima tawawan daripada satu jenama tudung terkemuka. Saya akan bagitahu lebih lanjut nanti,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : rotikaya

Be the first to comment on "Hannah Delisha Tak Risau Soal Rezeki Setelah Berhijab"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*