“Jangan buat kenyataan seoIah-oIah kami bod0h sangat!” – Azmeer jawab tudvhan juri SFMM35 dah tva, tak faham muzik semasa

SUSULAN krit1kan penyanyi terkenal Datuk Hattan terhadap pemilihan 12 lagu ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35), Ketua Juri Separuh Akhir Muzik Muzik ke-35 (SFMM35), Azmeer tampil mempertahankan kepvtusan pihaknya.

Menurut Azmeer atau nama sebenarnya, Mohd Azhar Abu Bakar, kesemua juri yang terlibat mempunyai kep4karan dan pengalaman masing-masing dalam menilai sesebuah karya yang bertanding.

Malah Azmeer turut men0lak krit1kan ramai yang mendvuh semua barisan juri sudah tidak reIevan dengan industri muzik terkini apabila mengetepikan lagu-lagu komposer baharu yang dikatakan lebih segar.

“Janganlah orang luar buat kenyataan seolah-olah kami b0doh sangat. Tak salah nak bagi komen tapi… bukannya kami tak tahu muzik.

Lagu Sak1t nyanyian Yonnyboy dan ZynakaI gagaI ke AJL35.

“Kami hanya jalankan tugas dan masing-masing, kami ada pengalaman luas dalam bidang muzik. Muzik ini adalah sesuatu yang sangat subjektif dan kami menilai berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

“Semua barisan juri yang mengadili tidaklah terlalu tua malah semuanya terbuka dan tahu dengan pelbagai genre muzik semasa.

“Saya bagi contoh walaupun tiada rapper dalam kalangan juri, tapi anda boleh tengok ada tiga lagu rap yang layak masuk ke AJL35. Daripada situ boleh tahu yang kami para juri memang sangat terbuka dengan semua genre dan kalau lagu itu layak, memang akan ada tempat untuk mereka di final,” katanya.

Selain Azmeer, juri profesional yang mengadili SFMM35 terdiri daripada Fauzi Marzuki, Edrie Hashim, AG Coco, Ajai, Helen Yap dan Datuk Mokhzani Ismail.

Akui tidak dapat memuaskan hati semua pihak, Azmeer bagaimanapun berkata dia tetap menerima semua pandangan secara positif.

Malah dia juga mended4hkan pernah men0lak untuk menduduki kerusi panas itu, namun pihak stesen TV tetap mahukan khidmatnya atas beberapa sebab.

“Kalau nak tahu sebenarnya saya tak nak jadi ketua juri, tapi TV3 tetap mahukan saya menggalas tanggungjawab itu sebab mereka kata saya tegas daripada segi penjurian.

“Saya hanya buat kerja sahaja, saya pun sama macam orang lain mencari rezeki,” katanya yang kini sedang mengikuti pengajian di peringkat sarjana dalam bidang muzik di Universiti Utara Malaysia (UUM).

Lagu Sembah turut tercic1r daripada senarai lagu layak ke AJL35.

Sebelum ini, penyanyi Datuk Hattan meluahkan ketidakpuasan hati selepas lagu Sak1t nyanyian Yonnyboii dan Sembah (Naim Danial) tidak tercalon sebagai finalis AJL35.

Menurut penyanyi tersebut, barisan juri sepatutnya perlu membuka minda untuk menerima sesebuah karya yang lebih baharu dan segar.

AJL35 menyaksikan lagu Aku Bidadari Syurgamu nyanyian Aishah, Semalam (Aina Abdul), Kau Sak1ti (Amir Masdi), Hvtang (Floor 88), 7 Nasihat (Shiha Zikir, Kmy Kmo, Luca Sickta), Eh (Zizi Kirana) dan Gundah (Ernie Zakri) bakal berent4p.

Turut layak ialah lagu G1la (Kaka Azraff, Loca B, Noki), Jangan Kh1anati Aku (Azlan & The Typewriter), BeIenggu Rindu (Datuk Jamal Abdillah dan Wany Hasrita), Hat1 (Hael Husaini) dan Peluang Kedua (Hael Husaini).

AJL35 bakal berlangsung pada 7 Februari depan di Axiata Arena, Bukit Jalil.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

Be the first to comment on "“Jangan buat kenyataan seoIah-oIah kami bod0h sangat!” – Azmeer jawab tudvhan juri SFMM35 dah tva, tak faham muzik semasa"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*