Ainan Tasneem Selamat Iahirkan Sepasang Kembar Secara Normal

Tahniah diucapkan kepada penyanyi Ainan Tasneem yang selamat meIahirkan sepasang bayi kembar di sebuah pusat pervbatan di Shah Alam pada Jumaat lalu.

Perkhabaran gembira itu diumumkan oleh Ainan menerusi Instagram miliknya serta meluahkan rasa syukur kedua anak-anaknya selamat diIahirkan secara normal.

“Ainan telah selamat meIahirkan sepasang bayi kembar yang soleh dan solehah pada hari Jumaat hari yang barakah, 18 Disember di H0spital Salam Shah Alam pada pukul 11.52am dan 12.11pm.

“Alhamdulillah Ainan direzekikan untuk meIahirkan kedua mereka dengan selamat secara normal. Semuanya dengan izin Allah dan asbab memilih untuk meIahirkan dengan Dr Siti Mariam yang sangat handal dalam mengendalikan keIahiran kembar,” tulisnya.

Dalam entri itu, Ainan turut memuat naik video kedua anak kembarnya namun tidak dided4hkan wajahnya kepada umum. Ainan turut menitipkan doa semoga anaknya menjadi hafiz dan hafizah serta anak yang penyejuk hati serta berbakti kepada semua.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : rotikaya

Be the first to comment on "Ainan Tasneem Selamat Iahirkan Sepasang Kembar Secara Normal"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*