Juliana Evans ajak orang ramai pusing Selangor, 3,000 frontliners pun dihargai… terima baucar RM200

BAGI merancakkan kempen ‘Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu’, Tourism Selangor melantik aktres Che Puan Juliana Evans bagi mempromosikan tempat-tempat pelancongan menarik di negeri tersebut menerusi platform media sosial.

Pelantikan itu seiring dengan visi Tourism Selangor untuk mendekati audiens dengan lebih luas bersama alternatif lebih segar dan terkini menerusi landasan digital.

Bagi Juliana sendiri, pelantikan itu disifatkan sebagai satu penghormatan buat dirinya sebagai anak jati Selangor malah teruja untuk mempromosikan lokasi menarik di negeri itu yang mungkin belum diketahui umum.

Juliana juga adalah seorang anak jati negeri Selangor.

“Banyak sebenarnya destinasi menarik di Selangor ini yang mungkin orang tak tahu… malah saya sendiri sebagai anak jati Selangor ada tempat-tempat yang belum pernah saya kunjungi.

“Bukan sahaja pelbagai destinasi menarik tetapi di Selangor juga banyak aktiviti yang boleh dilakukan seperti sukan ekstr3m seperti di Kuala kubu Bharu untuk aktiviti White Water Rafting, Paragliding.

“Itu belum lagi eco dan alam semulajadi seperti Sky Mirror Kuala Selangor, Taman Eko Rimba Kanching dan Bukit Broga,” katanya.

Kempen ini turut memberi penekanan kepada inisiatif promosi serba mampan dengan melibatkan usahasama dengan penggiat industri pelancongan seperti pihak hotel, agensi pelancongan, media dan syarikat penerbangan bagi mempromosikan tarikan pelancongan negeri Selangor secara lebih meluas, termasuk pakej pelancongan bersepadu merangkumi 9 Daerah dan 12 PBT di negeri ini.

Sementara itu, Tourism Selangor turut mengambil langkah proaktif ke arah merancakkan industri pelancongan negeri itu ekoran ia merupakan antara yang terjej4s ak1bat C0vid-19 yang sedang meIanda dunia.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin shari meIancarkan kempen itu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memberitahu sebahagian operator pelancongan perlu menutup operasi atau beroperasi tanpa keuntungan dan golongan yang bergantvng pada industri pelancongan pula terjej4s pendapatan, malah ada yang hiIang mata pencar1an.

Memahami situasi ini, kerajaan negeri telah menjadi pendahulu dalam pelaksanaan dua Pakej Rangsangan Ekonomi dan juga Pelan Pemulihan Ekonomi Negeri Selangor 2020 pada 13 Julai lalu.

“Antara yang digariskan dalam Pelan Pemulihan Ekonomi Negeri Selangor 2020 adalah Pakej Bantuan Sektor Pelancongan dengan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM 2,600,000.00.

“Sebanyak RM553,000.00 dari jumlah ini merangkumi pemberian insent1f khas bersasar secara one-off sebanyak RM1,000 seorang, di mana kerajaan negeri Selangor pada 19 November lalu telah secara rasmi mengagihkan insentif khas ini kepada seramai 553 orang penerima merangkumi 486 pemandu pelancong berlesen dan berdaftar dengan Selangor Tourist Guide Association (SGTA), 16 pengusaha rumah inap atau homestay yang diperakui oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC), serta 51 Hos Komuniti Selangor,” katanya.

Sidang media kempen Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu’ yang diadakan di Shah Alam pada Khamis lalu.

Pakej Bantuan Sektor Pelancongan ini turut merangkumi penerbitan subsidi “Baucar Pelancongan Negeri Selangor” dengan nilai peruntukan sebanyak RM2,000,000.

Jelasnya, penggunaan baucar ini adalah dalam bentuk pengembalian mata nilai dompet elektronik dan baucar elektronik sebanyak RM200 seorang untuk penerima yang layak.

“Baucar ini perlu digunakan bagi pakej-pakej pelancongan terpilih yang akan melalui penyenaraian di aplikasi dompet elektronik Touch n’ Go E-Wallet dan aplikasi ‘marketplace’ Lazada Malaysia melalui capaian khas pautan sesawang mikro ‘Kempen Nak Bercuti? Pusing Selangor Dulu!’.

“Penebusan subsidi baucar pelancongan ini akan membuka promosi jualan di kedua-dua landasan e-dagang tersebut bermula pada 8 hingga 31 Januari 2021 dengan tempoh sah-laku bagi pakej yang telah dibeli sehingga 31 Jun 2021,” katanya.

Sebagai tanda penghormatan kepada barisan hadapan negara, Selangor telah memperuntukkan kuota penerima baucar pelancongan ini khusus untuk 3,000 frontliners yang bertugas di negeri ini dalam usaha memer4ngi 1mpak pandem1k C0vid-19.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

Be the first to comment on "Juliana Evans ajak orang ramai pusing Selangor, 3,000 frontliners pun dihargai… terima baucar RM200"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*