Anak Semakin Aktif, Juliana Evans Bahagia Jadi Ibu

Usia anak sulungnya, Tengku Kamiliah Shariffuddin kini berusia 1 tahun 4 bulan, pelakon Che Puan Juliana Evans mengakui gembira melalui fasa kehidupannya sebagai seorang ibu.

Menurut Juliana, anaknya semakin aktif dan membuatkan kehidupannya gembira serta cerita sepanjang hari. Juliana turut berkongsikan, anaknya sudah mula bercakap dan aktif berlari sana sini.

“Kamiliah sangat aktif, hari-hari dia tak henti membuat saya kagum dengan apa yang dipelajarinya. Lagi-lagi sekarang, dia sudah mula bercakap dan lari sana sini, saya sangat sukakan fasa kehidupan sebagai seorang ibu sekarang ini,” katanya.

Juliana berkata pelbagai perkara yang dilalui dalam kehidupannya kini membuatkan dia menjadi seorang yang berbeza. Malah, Juliana turut meluahkan rasa syukur dengan kehidupan yang dimilikinya kini.

“Saya sudah bergelar ibu dan bahagia dengan perkahwinan dan anak saya, pada masa yang sama kerjaya saya juga berjalan dengan lancar,” ujarnya.

Juliana Evans mendirikan rumah tangga bersama Tengku Sharifuddin Tengku Sulaiman Shah pada April 2017 dan dikurniakan cahaya mata pada Julai tahun lalu.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : rotikaya

Be the first to comment on "Anak Semakin Aktif, Juliana Evans Bahagia Jadi Ibu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*