Netizen Kagum Haqiem Rusli Cvri Masa SoIat Dulu Sebelum AME2020

Dinobat sebagai Bintang Paling Popular (ABPBH33) bulan lalu dan semalam memenangi Top Top MeleTOP Lelaki di Anugerah MeleTOP ERA 2020, ternyata 2020 merupakan tahun terbaik buat Haqiem Rusli.

Meraih pelbagai kejayaan, ramai yang mengagumi penyanyi itu apabila baru-baru ini rakannya mended4hkan Haqiem sentiasa mengutamakan s0lat dan itulah sebenarnya rahsianya sentiasa murah rezeki.

Malah, semalam Haqiem juga tidak meninggalkan kewajipannya ketika menghadiri AME2020 apabila seorang jurufoto, Aqo Imran berkongsikan video penyanyi itu sedang menunaikan s0lat.

Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada s0lat fardhu Maghrib atau Isyak tetapi Haqiem dilihat seperti sedang bersiap sebelum acara bermula.

Perkongsian video itu sekaligus mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji sifat bertanggungjawab Haqiem dalam melaksanakan tugasnya untuk menunaikan solat.

Dalam pada itu, bagi netizen yang sentiasa mengikuti perkembangan penyanyi itu mengatakan Haqiem sememangnya sentiasa dahulukan s0lat walaupun dimana sahaja.

Seperti sudah dijangka ada yang mengec4m tindakan berkongsikan video itu kepada umum seolah menunjuk-nunjuk, namun seorang netizen membalas dengan mengatakan bahawa di akhir zaman ini bukan mudah untuk menjaga solat.

Sekitar tahun 2018, tuIar sekeping foto menunjukkan Haqiem sedang menunaikan s0lat di belakang pentas. Difahamkan, foto tersebut telah diambil dan disebarkan oleh salah seorang peminatnya sendiri tanpa pengetahuannya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : rotikaya

Be the first to comment on "Netizen Kagum Haqiem Rusli Cvri Masa SoIat Dulu Sebelum AME2020"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*