“Saya Tak Merancang…,” – Soal KehamiIan, Mira Filzah Berserah Pada Rezeki

Pelakon popular Mira Filzah memberitahu tidak mempunyai sebarang perancangan untuk hamiI selepas hampir empat bulan mendirikan rumah tangga bersama dengan suaminya, Wan Emir Astar.

Sebaliknya, Mira atau nama lengkapnya Nur Amirah Filzah tidak men0lak andai sekiranya dikurniakan rezeki kehamiIan dan cahaya mata awal sejurus berumah tangga.

“Tak ada apa-apa khabar baik pun lagi (hamiI). Sejujurnya saya tak merancang pun dan cuma pada ketika ini, apa yang boleh kami katakan, berserah sahaja pada rezeki.

“Sekiranya ada rezeki untuk hamiI, saya pun tak men0lak dan ikut sahaja apa yang sudah tertulis, insya-Allah,” katanya.

Imbas kembali, Mira telah mendirikan rumah tangga bersama Emir pada 3 Ogos lalu.

Dalam perkembangan lain, Mira telah menerima anugerah Nona Influencer Award di Nona Superwoman Award 2020 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC), anjuran majalah Nona, Jumaat lalu.

Foto: Instagram Mira Filzah

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : MH

Be the first to comment on "“Saya Tak Merancang…,” – Soal KehamiIan, Mira Filzah Berserah Pada Rezeki"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*