“Ya… saya akan nyanyi” – Nabila Razali toIak tawaran berlakon untuk persiapan AJL35

BERITA gembira buat peminat lagu Peluang Kedua apabila penyanyi asal iaitu Nabila Razali mengesahkan bakal menyampaikan karya komposer Hael Husaini dan MFMF itu di pentas Anugerah Juara Lagu yang ke-35 (AJL35).

Nabila, 28, berkata biarpun keadaan kesihatannya sudah semakin pul1h namun dia masih dalam tempoh untuk pemulihan daripada masalah peti suara yang dialaminya.

Demi memberi tumpuan sepenuhnya dalam melakukan persiapan ke pentas berprestij itu, Nabila terp4ksa men0lak beberapa tawaran berlakon buat masa kini sehingga hujung Januari hadapan.

Hael turut mengesahkan Nabila akan menyanyikan lagu Peluang Kedua di AJL35.

“Alhamdulillah… ya, saya mengesahkan tentang penglibatan saya secara langsung di malam final AJL35. Kesihatan saya semakin pulih, tapi saya masih lagi dalam tempoh recovery.

“Saya juga ingin mengucapkan ribuan maaf kepada pihak produksi dan penerbit kerana saya terp4ksa men0lak beberapa tawaran lakonan buat masa ini sehingga hujung Januari kerana saya ingin fokus pada persiapan AJL35.

“Saya yakin penyanyi lain ada persiapan mereka tersendiri tapi ini kali pertama saya terlibat dalam AJL35, sudah tentu saya perlu buat persiapan yang lebih supaya dapat beri persembahan yang baik dan impak kepada penonton,” katanya.

Hael menerusi perkongsian di laman Twitter miliknya pada Selasa memberitahu bahawa Nabila akan menyanyikan lagunya di malam AJL35 yang dijangka akan berlangsung pada 7 Februari tahun hadapan.

Rata-rata peminat meluahkan rasa syukur dan tidak sabar untuk melihat persembahan daripada pelakon drama bersiri Biarkan Mereka Cembvru itu.

Nabila berasa kecew4 dan sed1h apabila terp4ksa meIepaskan peluang menyanyikan lagu itu di Separuh Akhir Muzik Muzik ke-35 (SFMM35) episod ketiga ak1bat masaIah pet1 svara.

Keadaan kesihatan Nabila semakin pul1h.

Susulan masalah kesihatan yang dihadapi Nabila, penyanyi Hael selaku komposer Peluang Kedua mengambil tugas menyampaikan lagu tersebut yang berjaya mara ke AJL35.

Dalam pada itu, Nabila bersyukur apabila impiannya untuk menjejak kaki di pentas AJL bakal menjadi kenyataan dan mengucapkan terima kasih kepada dua komposer hebat kerana menghasilkan karya yang digelar ‘AJL Material‘.

“Ia merupakan impian saya untuk jejakkan kaki ke pentas AJL dan Alhamdulillah ia jadi kenyataan. Apa-apa pun saya ingin ucapkan terima kasih kepada Hael dan MFMF kerana menghasilkan lagu yang terbaik atau orang ramai panggil ‘AJL Material‘.

“Saya sentiasa bersyukur atas rezeki yang diberikan dan dapat menunaikan permintaan peminat lagu Peluang Kedua untuk saya nyanyikan sendiri di pentas AJL35,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : mstar

Be the first to comment on "“Ya… saya akan nyanyi” – Nabila Razali toIak tawaran berlakon untuk persiapan AJL35"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*