Bekas Suami DSV Nak Tuntvt Harta Sepencarian, Insurans Dua Anak Meningg4l Dunia

Hari ini Mahkamah Tinggi Syariah Kota Bharu menolak tuntutan hadanah yang dibuat oleh bekas suami usahawan kosmetik terkenal, Datuk Seri Vida iaitu Mohd Amin Yassin.

Bagaimanapun, Cik B dan Kacak diarahkan oleh mahkamah untuk menghubungi bapa mereka sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan. Ia bertujuan mengelakkan ikatan silaturahim antara anak dengan bapa terputus.

Menerima keputusan mahkamah dengan berlapang dada, Mohd Amin berkata dia akan sabar menunggu kedua anaknya itu untuk kembali ke pangkuannya.

Dalam pada itu, Mohd Amin memaklumkan dia akan mengemukakan rayuan terhadap kes berkenaan serta berhasrat untuk menvntut harta sepencarian dengan bekas isterinya ketika berc3rai serta harta dua anaknya yang meninggal dunia termasuk pampasan insurans.

Mohd Amin dan Vida berkahwin pada 2000, namun pasangan berkenaan berc3rai lapan tahun kemudian. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat cahaya mata.

Bagaimanapun, dua orang lagi anak lelaki mereka iaitu Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie, meninggal dunia dalam tr4gedi kebak4ran rumah Vida di Meru Hill, Ipoh tiga hari sebelum sambutan Aidilfitri pada 2013.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : ROTIKAYA

Be the first to comment on "Bekas Suami DSV Nak Tuntvt Harta Sepencarian, Insurans Dua Anak Meningg4l Dunia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*