DSV Menang Hak Jagaan Anak, Cik B Akan Hubungi Bapa Bila Dah Sedia

Umum mengetahui sebelum ini bekas suami usahawan kosmetik Datuk Seri Vida iaitu Mohd Amin Yasin memfailkan tuntutan hadhanah terhadap dua anaknya di Mahkamah Syariah Kota Bharu, Kelantan.

Bagaimanapun, Mahkamah Tinggi Syariah hari ini memutuskan DSV mendapat hak penjagaan terhadap kedua-dua anaknya, Cik B dan Kacak.

Dalam pada itu,  Hakim Mahkamah Tinggi Syarie, Datuk Abu Bakar Abdullah Kutty mengarahkan Nur Edlyn Zamilleen atau lebih dikenali dengan nama Cik B dan Eric Zaquaan (Kacak), 14 menghubungi bapa mereka sekurang-kurangnya sekali dalam sebulan.

Meluahkan rasa syukur apabila hak penjagaan berpihak kepadanya, DSV berkata dia sangat lega kerana  kes berkenaan tidak mengambil masa yang lama kerana bimbang ia boleh mengganggu emos1 kedua-dua anaknya.

“Alhamdulillah, hak penjagaan hadanah dapat pada saya dan kes ini tidak dipanjang-panjangkan atas budi bicara hakim,

“Saya sangat lega kerana keputusan ini tidak mengganggu emosi anak-anak. Saya harap lepas ini jangan pula ada yang cakap Cik B dan Kacak derhaka pula sebab tidak mahu jumpa bapa,” katanya.

Kata DSV lagi, mahkamah turut memberi hak kepada kedua anaknya membuat keputusan untuk bertemu bapa mereka sekiranya sudah bersedia. Sementara itu, Cik berkata dia dan Kacak akan menghubungi bapanya apabila mereka sudah bersedia.

Datuk Seri Vida mendirikan rumah tangga dengan Mohd Amin pada tahun 2000 dan bercerai pada 2008. Mereka dikurniakan empat cahaya mata, namun anak pertama dan kedua mereka meninggal dunia dalam kejadian kebakaran rumah pada 2013.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : ROTIKAYA

Be the first to comment on "DSV Menang Hak Jagaan Anak, Cik B Akan Hubungi Bapa Bila Dah Sedia"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*