Pakcik naik motor tayar pec4h ajak teman ke Baitulmal, rider terus tolong… lupakan dulu order pelanggan – “Dia bimbang tak sempat mohon bantuan” – Viral | mStar

KETIKA seorang penghantar makanan ‘berehat’ menunggu pesanan baharu, dia didatangi oleh seorang lelaki yang nampaknya dalam keadaan terdes4k.

Lebih memilukan apabila lelaki berkenaan menunggang motosikal yang mengalami masalah, mengakibatkan tayar belakangnya tidak stabil.

Keadaannya itu turut dapat dilihat menerusi satu video yang tular di media sosial, menunjukkan dirinya menunggang motosikal dalam keadaan tidak stabil ekoran masalah tayar belakang.

Berkongsi pengalaman pada petang Khamis lalu, penghantar makanan itu, Mohammad Amir Hazim Zamzuri berkata, ketika itu dia baru selesai menghantar satu pesanan dan berehat sebentar di kawasan parkir di tengah bandar Ipoh di Perak.

Perkongsian video yang dirakam Amir menjadi tular.

Remaja berusia 19 tahun itu memberitahu, sejurus selepas itu dia ditegur oleh seorang penunggang motosikal dalam keadaan pen4t dan berpeluh.

“Masa tu kira-kira pukul 2.40 petang. Nampak muka pakcik tu letih dan dalam keadaan terg3sa-ges4 meminta saya untuk tumpangkan ke Baitulmal iaitu pusat agihan zakat di Ipoh untuk mendapatkan bantuan, tapi tayar belakang motosikal dia pula pecah.

“Saya mahu membantu tapi tak dapat tumpangkan orang ketika bertugas dan pada masa sama ada beg makanan di tempat duduk belakang yang hanya memuatkan saya seorang. Rasa serba salah dibuatnya masa tu,” katanya kepada mStar.

Lebih mesra disapa Amir, dia bagaimanapun enggan membiarkan lelaki berusia lingkungan 50an itu meneruskan perjalanannya bersendirian.

“Pada mulanya, saya nak temankan pakcik tu ke bengkel dahulu untuk baiki tayar dia. Tapi pakcik tu risau sangat, bimbang tak sempat sampai untuk mohon bantuan.

Tindakan Amir membantu pakcik tersebut mendapat perhaian Grab Malaysia.

“Jadi, saya temankan pakcik tu sampai ke destinasi dengan mengikutnya dari belakang untuk memastikan perjalanannya selamat. Motosikalnya masih boleh digunakan, cuma tayar belakang tidak stabil.

“Memandangkan saya arif dengan jalan-jalan di sekitar Ipoh, jadi saya syorkan laluan kurang trafik bagi memudahkan perjalanannya,” ujarnya yang berasal dari Bota, Perak.

 

Memang nampak dia dalam keadaan daif. Tak hairanlah dia bersungguh-sungguh nak pergi dapatkan bantuan.

MOHAMMAD AMIR HAZIM ZAMZURI

Dia yang menjadi penghantar makanan secara sambilan sejak Julai lalu bagaimanapun tidak mengetahui identiti dan latar belakang lelaki tersebut kerana segalanya berlaku terge3a-ges4.

“Tak banyak tanya sebab pakcik tu dalam keadaan kel4m-k4but, dia risau sangat kalau tak sempat. Motosikal macam tu tak sempat nak baiki mungkin tak ada duit.

“Baju pula lusvh, memang nampak dia dalam keadaan daif. Tak hairanlah dia bersungguh-sungguh nak pergi dapatkan bantuan.

“Tapi saya percaya dia orang tempatan kerana mengetahui laluan yang saya syorkan. Apa yang pasti perjalanannya agak jauh sebelum bertemu dengan saya kerana dia nampak begitu penat dan berpeluh,” katanya yang merupakan anak ketiga daripada empat beradik itu.

Amir berusaha membantu pakcik berkenaan sehabis baik.

Amir yang merupakan pelajar Diploma Kejuruteraan Penyelenggaraan Pesawat di UniKL MIAT di Sepang, Selangor, berkata, perjalanan sejauh 4 kilometer dengan kelajuan sekitar 15km sejam mengambil masa kira-kira 10 minit.

“Syukur, perjalanan kami dipermudahkan sehingga pakcik tu selamat tiba di Baitulmal. Walaupun wajah dia nampak pen4t, tapi dia lega sebab sampai ke tempat yang nak dituju.

“Saya periksa dompet saya, tengok berapa yang ada. Walaupun tak banyak, saya hulurkan sejumlah duit kat pakcik tu, dengan harapan bantuan yang lebih besar akan dihulurkan kepada pakcik tu selepas ini.

“Syukur juga sepanjang perjalanan tak ada pesanan masuk, kalau tak nanti macam mana nak ikut pakcik tu. Bila nak sampai, baru dapat pesanan. Bantuan saya mungkin kecil, tapi saya amat berharap hasratnya untuk mendapatkan bantuan dipermudahkan,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Pakcik naik motor tayar pec4h ajak teman ke Baitulmal, rider terus tolong… lupakan dulu order pelanggan – “Dia bimbang tak sempat mohon bantuan” – Viral | mStar"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*