Baru Je Bekas Suami DS Vida GagaI Tuntutan Hadanah. Sekali Anak Beritahu T4kut Nak Jumpa Bapa Kandung

Mhkamah Tinggi Syariah di sini hari ini memutuskan bekas suami kepada jutawan kosmetik, Datuk Seri Hasmiza Othman atau dikenali sebagai Datuk Seri Vida gagal mendapatkan hak hadanah untuk bertemu dengan dua anaknya.

Dalam prosiding itu, Hakim Mhkamah Tinggi Syarie, Datuk Abu Bakar Abdullah Kutty mengarahkan Edlynn Zamilleen, 16, atau Cik B dan Muhammad Eric Zaquan, 14, atau lebih dikenali sebagai Kacak menghubungi bapa mereka, Mohd. Amin Yasin sekurang-kurang sebulan sekali.

Abu Bakar berkata, ia bertujuan mengelakkan ikatan silarutahim antara anak dengan bapa terputus.

” Mhkamah turut memberikan hak kepada kedua-dua beradik itu untuk membuat keputusan bertemu bapa mereka sekiranya sudah bersedia.

” Ibu (Datuk Seri Vida) tidak mempunyai hak untuk menghalang kedua-dua anak sekiranya bersedia untuk bertemu ayah mereka,” katanya

Dalam prosiding itu, Datuk Seri Vida diwakili peguam Nurul Shuhada Ab. Aziz manakala Mohd. Amin diwakili oleh peguam Mohd. Zaki Zainal Abidin dan Nik Mohamad Amin Nik Abdullah.

Selain Cik B dan Kacak, Mohd. Amin yang berkahwin dengan Datuk Seri Vida pada tahun 2000 turut dikurniakan dua lagi cahaya mata iaitu Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie.

Bagaimanapun, Muhammad Eddie Zuhdie dan Muhammad Edrie Zikrie yang ketika itu masing-masing berusia 11 dan 10 tahun meninggI dnia dalam kjdian keb4karan di rumah Datuk Seri Vida di Meru Hill di sini pada tahun 2013.

Mohd. Amin sah bercer4i dengan Dr. Vida pada tahun 2008 iaitu selepas lapan tahun mendirikan rumah tangga.

Sementara itu, Datuk Seri Vida ketika ditemui pemberita melahirkan rasa syukur dan lega diatas keputusan tersebut.

Katanya, beliau tidak pernah menghalang dua cahaya matanya itu untuk bertemu dengan bapa mereka.

Anak DS Vida, Kacak takut jumpa bapa

Sementara itu anak lelaki kepada Datuk Seri Dr. Hasmiza Othman atau Datuk Seri Vida, Muhammad Eric Zaquan, 14, mengakui takut untuk bertemu dengan bapa kandungnya sendiri iaitu Mohd. Amin Yasin,42.

Dia yang lebih dikenali dengan panggilan Kacak mengakui masih memerlukan masa yang secukupnya sebelum bertemu ayahnya.

” Pengalaman ketika bersama satu masa dahulu membuatkan saya takut untuk bertemunya.

” Jadi perkara itu masih melekat dalam fikiran saya,” katanya pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, Cik B ketika ditemui pemberita berkata, dia sudah bersedia untuk menghubungi ayahnya itu seperti yang diputuskan oleh mhkamah.

” Mama, tidak pernah memaksa kami dalam membuat keputusan. Dia amat memberikan sokongan dalam membuat keputusan mengikut naluri kami,” katanya yang lega apabila perbicaraan pada hari ini berjalan lancar.

Bapa kandung dua beradik itu, Mohd. Amin turut akur dengan keputusan mhkamah dan akan mengemukakan rayuan sekiranya kedua-dua anaknya itu tidak mengikut perintah mhkamah dengan menghubunginya pada masa akan datang.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://limauais.pw/2021/01/05/anak-vida-kacak-bapa-kandung/

Be the first to comment on "Baru Je Bekas Suami DS Vida GagaI Tuntutan Hadanah. Sekali Anak Beritahu T4kut Nak Jumpa Bapa Kandung"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*