Tak segak kerja pejabat tak apa! Graduan pilih jadi usahawan, gembira jual ikan di kampung halaman – “Risau impian saya akan hilang”

LEPASAN universiti pada era pandemik pastinya berdepan detik sukar untuk melangkah masuk ke alam pekerjaan.

Dengan ekonomi yang tidak menentu, banyak syarikat tidak membuka peluang kerjaya, sekali gus memberi kebimbangan kepada para graduan.

Namun, lain pula kisah graduan Sains Marin dari Univerisi Malaysia Sabah (UMS) ini yang memilih untuk menjadi usahawan akuakultur.

Menurut Noel Juvinol Joimil Regencia, 24, dari Penampang, Sabah, minat sejak sekian lama terhadap bidang itu baru dapat direalisasikannya sebulan yang lalu.

“Ia bermula dari hobi sewaktu saya masih belasan tahun lagi. Saya gemar ikan air tawar. Dari situ saya timba pengalaman untuk penjagaan ikan.

“Bidang akuakultur ni memang impian saya sebelum masuk UMS lagi. Memang minat nak buka bisnes. Di UMS, makin banyak ilmu yang saya pelajari.

Noel merupakan graduan UMS dalam bidang Sains Marin.

“Bermula dengan penjagaan akuarium kecil, kini saya menggunakan kolam kanvas besar,” ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Noel, perniagaan melibatkan ikan gapi dan talapia itu diusahakan di belakang kediamannya yang mana dia turut mendapat sokongan keluarga, rakan-rakan serta mentor.

Jelasnya, persekitaran kampung di kawasan itu juga cukup sesuai untuk dia menjalankan perniagaan berkenaan yang diharap mampu berkembang luas suatu masa nanti.

 

Bagi saya, saya lebih suka masa sendiri. Risau terikat dengan masa pejabat sehingga impian saya akan hilang. NOEL

“Saya tinggal di kawasan kampung. Kolam kanvas juga belum siap sepenuhnya, ada yang masih dalam pembinaan. Kita buat berperingkat mengikut fasa.

“Kolam kanvas ni dibuat di atas darat. Modal dalam RM15,000, tapi nanti perlu tambah lagi.

“Selain sokongan dan bantuan keluarga, rakan-rakan serta mentor dalam bidang ini juga banyak membantu saya,” ujarnya lagi.

Perniagaan itu baru sahaja bermula sekitar Disember lalu.

Tambahnya lagi, dia turut bersyukur apabila rakan-rakan di media sosial turut membantu dan membuat hebahan mengenai perniagaan yang diusahakannya.

Dalam pada itu, Noel berkata dia selesa memilih pekerjaan sebagai penjual ikan dan tidak mengimpikan untuk berpakaian segak ke pejabat seperti kebanyakan graduan lain.

Malah, dia bersyukur apabila perniagaan yang baru bertapak ini menerima sambutan yang menggalakkan daripada penduduk setempat.

Noel mahu perniagaannya itu berkembang sehingga ke luar Sabah suatu masa nanti.

“Bagi saya, saya lebih suka masa sendiri. Risau terikat dengan masa pejabat sehingga impian saya akan hilang.

“Sambutan sangat menggalakkan dari hari ke hari. Cuma kadang-kadang risau dengan cuaca. Nak jaga ikan hidup, kena monitor 24 jam.

“Perubahan suhu mendadak juga boleh sebabkan ikan mati. Bisnes saya baru satu langkah, perjalanan masih jauh lagi.

“Saya harap 2021 jadi year fo growth. Saya juga impikan agar dapat supply ikan sehingga ke luar negara suatu hari nanti,” katanya lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Tak segak kerja pejabat tak apa! Graduan pilih jadi usahawan, gembira jual ikan di kampung halaman – “Risau impian saya akan hilang”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*