Terkandas sebab banjir, lelaki bakar ikan tepi ‘highway’ ajak orang ramai makan sama2

Banjir besar yang melanda di beberapa buah negeri terutamanya di Pahang, Terengganu, Kelantan dan Johor telah mengakibatkan banyak kenderaan terkandas kerana lebuhraya yang menghubungkan Pantai Timur dan ibu kota ditutup kerana dinaiki air.

Oleh sebab itu, ramai yang terkandas di lebuhraya-lebuhraya tersebut tanpa sebarang persediaan seperti makanan dan juga minuman.

Namun begitu, menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter dikenali sebagai imimaysrunnia, dia telah memuat naik beberapa gambar keluarga mertuanya yang membakar ikan di tepi lebuh raya berikutan hampir 24 jam terkandas.

Menurut imimaysrunnia , keluarga mertuanya dalam perjalan pulang dari Tasik Kenyir telah terkandas bersama ratusan lagi pengguna lebuh raya tersebut.

Jadi, memandangkan mereka mempunyai stok ikan, mereka mengambil keputusan untuk membakarnya dan mengajak orang lain turut serta mengisi perut bersama-sama.

Hal tersebut turut dikongsikan oleh seorang penumpang bas yang sama-sama terperangkap kerana banjir ketika itu.

Mereka yang hampir tiga hari dua malam tersekat dalam banjir telah diberi bantuan dan mereka juga telah dibawa ke pusat pemindahan sementara bagi mendapatkan makanan

serta keperluan harian.

Terharu dengan kebaikkan

Menerusi muat naik tersebut, rata-rata warganet meninggalkan pelbagai komen positif kepada keluarga pengguna Twitter itu yang tetap berkongsi rezeki walaupun mereka juga sedang berdepan dengan ujian.

Mereka mengakui pengalaman sebegini pastinya akan menjadi kenangan paling berharga untuk masa hadapan.

Kisah klasik untuk masa depan

Pengalaman paling berharga

Time ni skill camping dikeluarkan

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: omm

Be the first to comment on "Terkandas sebab banjir, lelaki bakar ikan tepi ‘highway’ ajak orang ramai makan sama2"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*