Kena tinggal di R&R, lelaki kejar bas sampai highway dalam hujan lebat… mujur dapat ihsan keluarga nak ke Johor – “Sebelum turun kereta, dia salam papa siap cium tangan”

BAGI mereka yang sering menggunakan perkhidmatan bas ekspres untuk ke destinasi yang agak jauh, pastinya sedia maklum dengan ‘rutin’ pengangkutan itu yang akan berhenti seketika di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) di lebuh raya.

Ketika ini penumpang akan menggunakan kesempatan masa yang ada untuk mengisi perut, ke tandas, ataupun menunaikan solat.

Dalam keadaan R&R yang sentiasa padat, sudah tentu mereka terpaksa mengambil masa yang sedikit lama untuk menyelesaikan urusan masing-masing dan ini menyebabkan terjadinya kes tertinggal bas.

Itulah yang berlaku kepada seorang penumpang lelaki ketika ‘ditinggalkan’ bas ekspres selepas berhenti seketika di R&R Simpang Pulai, Perak, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian video oleh seorang pelayar Twitter, kelihatan lelaki berkenaan berlari-lari di dalam hujan mengejar bas yang sudah berlalu meneruskan perjalanan.

“Tadi masa kita berhenti dekat R&R Simpang Pulai, tetiba kita nampak la sorang abang ni dia berlari keluar Petronas terus tercari-cari, then dia terus berlari ke highway, and me cuma terpikir yang abang ni tertinggal bas, kesian sangat. Terus bagitahu papa mintak tumpangkan dia,” tulis pelayar berkenaan di Twitter.

Perkongsian Nur Intan Syazwani mengenai di Twitter mengundang perhatian netizen.

Ciapan tersebut menjadi tular apabila sehingga kini ia meraih 9,900 retweet dan lebih 15,000 like.

Ketika berkongsi cerita dengan mStar, pelayar bernama Nur Intan Syazwani Mohamad Salleh berkata ketika itu dia bersama keluarganya dalam perjalanan dari Pulau Pinang menuju ke Kulai, Johor, sebelum dia terlihat kelibat seorang lelaki berlari-lari di dalam hujan.

“Saya cuma fikir yang abang ni tertinggal bas. Saya terkejut abang tu terus berlari ke highway sebab nak kejar bas dia, then saya terus bagitahu papa mintak tumpangkan abang tu. Iyalah, kesian dalam keadaan hujan abang tu berlari kat highway kejar bas lagi.

Keluarga Nur Intan Syazwani menumpangkan lelaki berkenaan sehingga dia menaiki semula bas tersebut.

“Kami sekeluarga kejar abang tu dan tumpangkan dia, dalam masa yang sama abang tu call company bas dan cuba bagitahu yang dia tertinggal bas. Abang tu beritahu dia dari Jitra nak balik ke Seremban,” ceritanya mengimbas kembali insiden yang berlaku beberapa hari lalu.

Tambah gadis berusia 20 tahun ini, bapanya cuba memandu kereta selaju yang mungkin untuk mengejar bas ekspres yang meninggalkan lelaki berkenaan, sebelum akhirnya menemui bas tersebut yang berhenti di tepi jalan, kira-kira 10 minit perjalanan.

 

Sebak saya, sebab kalau kami tak tolong agaknya abang tu naik apa lah agaknya. Mana tahu dia tak ada duit balik, dengan perjalanan jauh… tertinggal bas pulak. NUR INTAN SYAZWANI MOHAMAD SALLEH PELAYAR TWITTER

“Sebelum turun kereta, dia salam papa saya siap cium tangan dan cakap terima kasih sangat-sangat.

“Sebak saya, sebab kalau kami tak tolong agaknya abang tu naik apalah agaknya. Mana tahu dia tak ada duit balik, dengan perjalanan jauh… tertinggal bas pulak.

“Mujur dia bawa telefon ketika turun bas, kalau tidak tak tahu macam mana,” cerita penuntut Diploma Sains Sukan Dan Kejurulatihan di sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) ini.

Tindakan Nur Intan Syazwani dan keluarganya mendapat pujian netizen.

Dalam pada itu, gadis ini berkata dia sama sekali tidak menyangka perkongsian tersebut mengundang perhatian netizen, malah tindakan mereka sekeluarga turut mendapat pujian.

“Saya sekeluarga cuma tolong mana yang mampu, saya harap pihak bertanggungjawab menitikberatkan hal ini agar tidak berulang lagi.

“Dan saya tahu orang Malaysia ramai yang mempunyai sifat ihsan sebegini. Saya doakan semoga Allah hadirkan sifat ihsan sesama manusia dalam kehidupan kita semua,” katanya lagi.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Kena tinggal di R&R, lelaki kejar bas sampai highway dalam hujan lebat… mujur dapat ihsan keluarga nak ke Johor – “Sebelum turun kereta, dia salam papa siap cium tangan”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*