Shahriza Mahmud krit1kal selepas jangk1tan kvman di darah dan paru-paru – “Tekanan darah tak stabil, doktor masukkan tiub bantuan pernafasan”

SUAMI kepada pelakon Shahriza Mahmud iaitu Saddiq Raffali memberitahu isterinya masih dalam keadaan kr1tikal sejak dimasukkan ke Hospital Putrajaya pada Ahad lalu.

Saddiq, 40, juga meluahkan rasa kerinduan terhadap Shahriza memandangkan pelawat masih tidak dibenarkan masuk di hospital berkenaan.

“Hari ketiga di CCU. Cintaku Shahriza Mahmud masih dalam keadaan kritikal. Doktor sudah mengenal pasti jenis bakteri4 dalam sistemnya.

“Masih tak dibenarkan melawat dia. Ada lagi pesakit yang belum dapat keputusan ujian saringan Covid di wad ICU/CCU. Saya okey tapi saya sangat rindu awak.

Suami Shahriza berkongsi perkembangan keadaan isterinya di Facebook.

“Saya perlu kuat untuk dia. Kalau bukan saya, siapa lagi?,” tulisnya menerusi laman Facebook miliknya pada Khamis.

Perkongsian tersebut turut mendapat perhatian netizen dan rakan selebriti yang mendoakan agar aktres berusia 55 tahun itu cepat sembuh.

Sebelum ini, difahamkan Shahriza dikejarkan ke hospital selepas mengalami dem4m panas sehingga menyebabkan dia meracau-racau.

Dalam pada itu, Saddiq memberitahu isterinya dipindahkan dari Unit Rawatan Rapi (ICU) ke Unit Penjagaan Kritikal (CCU) kerana bimbang sekiranya dijangkiti Covid-19.

 

Tolong teruskan sokongan dan doa anda untuknya. SADDIQ RAFFALI SUAMI SHAHRIZA MAHMUD

Menurut Saddiq, doktor mengesahkan isterinya mengalami jangk1tan kvman pada darah dan paru-paru.

“Suhu badannya 39.5 darjah selsius dan dia terus ditempatkan di Zon Merah. Pemeriksaan doktor mendapati ada jangk1tan kvman pada darah dan paru-paru.

“Itu yang buat dia dem4m dan meracau. Tekanan darahnya juga tak stabil dan doktor kemudian memasukkan tiub bantuan pernafasan untuk memudahkan dia bernafas,” katanya.

Sementara itu, Saddiq juag berkata Shahriza juga perlu menjalani ujian saringan Covid-19 selepas salah seorang penulis yang bekerjasama dengan isterinya dijangkiti wabak tersebut.

Shahriza mengalami jangkitan kuman di darah dan paru-paru.

Saddiq bagaimanapun bersyukur apabila diberitahu isterinya yang juga pelakon drama Monalisa itu disahkan bebas daripada wabak tersebut.

“Mereka biasanya bekerja secara online sahaja, namun mereka ada berjumpa tujuh hari lalu untuk mesyuarat pembahagian tugasan.

“Salah seorang penulis yang terbabit disahkan positif Covid-19, pada keesokannya. Alhamdulillah, keputusan ujian Covid-19 negatif.

“Tolong teruskan sokongan dan doa anda untuknya. Tiada keraguan dalam fikiran saya bahawa dia adalah pejuang. Dia akan berjaya mengatasi perkara ini,” ujarnya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Shahriza Mahmud krit1kal selepas jangk1tan kvman di darah dan paru-paru – “Tekanan darah tak stabil, doktor masukkan tiub bantuan pernafasan”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*