Anak pak guard beri laptop percuma bantu pelajar! Terinspirasi dengan Syed Saddiq selepas pernah sus4h masa belajar di universiti

MASIH ramai pelajar yang tidak mempunyai peranti seperti komputer riba bagi menjalani sesi pembelajaran dalam talian susulan pandemik Covid-19.

Menyedari hakikat itu, seorang gadis terdetik untuk menyumbangkan sejumlah komputer riba secara percuma kepada sekumpulan pelajar yang terpilih.

“Ya Allah, nak nangis. Mungkin ni betul-betul peluang aku nak bantu orang. RT (ulang kicau) tweet dan join grup bawah (aplikasi Telegram), aku bagi laptop (komputer riba) percuma untuk pelajar! Ya percuma,” tulisnya di laman Twitter sehingga diulang kicau 7,000 kali.

Gadis berkenaan, Najwa Alia Rusli berkata, dia mula memikirkan inisiatif itu apabila melihatkan adik-adiknya yang berusia antara 11 dan 20 tahun memerlukan peranti itu untuk kegunaan pembelajaran di rumah dan membuat kerja sekolah pada masa ini.

Perkongsian Alia mengenai komputer riba secara percuma untuk pelajar mendapat perhatian.

Selain itu, anak muda berusia 24 tahun itu turut mendapat inspirasi daripada inisiatif Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang membantu menyumbangkan komputer riba kepada pelajar-pelajar di kawasan parlimennya, baru-baru ini.

“Saya dapat inspirasi daripada YB (Yang Berhormat) Syed Saddiq. Tapi beliau hanya melakukan sumbangan itu di kawasan Muar sahaja. Di tempat saya dan banyak kawasan lain yang memerlukan komputer riba.

“Jadi, inspirasi beliau itu saya keluarkan inisiatif untuk pemberian komputer riba terpakai secara percuma kepada pelajar yang betul-betul memerlukan,” katanya kepada mStar.

Siapa sangka pada usia muda, gadis yang lebih mesra disapa Alia itu kini merupakan usahawan barangan elektrik dan elektronik selain berjinak-jinak dalam bisnes komputer riba sejak lima bulan lalu.

Alia mengusahakan bisnes komputer riba sejak lima bulan lalu.

Walaupun bisnesnya turut menawarkan pakej pelajar bagi mendapatkan komputer riba terpakai pada harga lebih murah, dia turut mahu menyumbangkan sejumlah peranti itu secara percuma kepada pelajar di seluruh Malaysia yang memerlukan.

“Saya ada buat tinjauan secara dalam talian di mana dalam kalangan 800 pelajar, kira-kira 60 peratus daripada mereka pernah terlepas sesi pembelajaran dalam talian.

“Mereka lebih menumpukan untuk menyiapkan kerja sekolah. Walau bagaimanapun, antara mereka masih memerlukan komputer riba atau gajet yang sesuai untuk berbuat demikian,” ujar anak sulung daripada empat beradik itu.

Alia pernah berniaga bagi membiayai pengajian di universiti.

Menurut anak kelahiran Jasin, Melaka itu, dia menerima banyak permintaan daripada anak-anak muda termasuk ibu bapa yang mahu mendapatkan komputer riba secara percuma.

“Ada empat beradik, salah seorang daripadanya Tingkatan Empat, terpaksa menunggu ibu yang bekerja di sebuah kilang pulang sekitar 8 atau 9 pukul malam, hampir setiap hari.

 

Saya pernah hidup sus4h semasa belajar, maka sebab itulah pemberian laptop percuma ini saya mahu beri kepada pelajar yang betul-betul memerlukannya. NAJWA ALIA RUSLI

“Daripada telefon milik ibu itu juga membolehkan mereka membuat kerja sekolah secara bergilir. Tapi mereka memerlukan komputer riba untuk memudahkan urusan tanpa perlu menunggu kepulangan ibu,” katanya sambil menambah jumlah sumbangan bergantung kepada keupayaannya dan permintaan.

Kesus4han keluarga itu dan ribuan lagi penduduk di Malaysia yang bernasib sama pernah dirasai oleh Alia sendiri sewaktu menuntut dalam Ijazah Sarjana Muda Teknologi Keusahawanan di Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).

Alia (dua, kanan) bersama keluarganya.

Menurut Alia yang pernah menerima Anugerah Dekan di atas keputusan cemerlang di UTeM, bapanya yang merupakan pesara tentera bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah sekolah rendah, manakala ibunya adalah suri rumah.

“Saya bukan daripada keluarga yang senang. Jadi, saya berniaga macam-macam secara dalam talian seperti tudung, mekap dan baju untuk membiayai pengajian dan perbelanjaan sepenuhnya di universiti.

“Saya pernah hidup sus4h semasa belajar, maka sebab itulah pemberian laptop percuma ini saya mahu beri kepada pelajar yang betul-betul sus4h dan memerlukannya untuk kegunaan pembelajaran,” katanya sambil menambah senarai pendek penerima disenarai pendek dan pemilihan akan dibuat menjelang akhir bulan ini

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Anak pak guard beri laptop percuma bantu pelajar! Terinspirasi dengan Syed Saddiq selepas pernah sus4h masa belajar di universiti"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*