Niat nak cari duit lebih, pelajar master terkejut digelar pond4n selepas buat gubahan hadiah minyak wangi – “Dia tak bayar bil, kos makanan kita”

“KERJAYA tak mengenal jantina.”

Begitulah kata Muhammad Ashraf Mohamad, seorang peniaga minyak wangi secara sambilan apabila dia dihina di Instagram.

Mesra disapa Ashraf, jejaka berusia 24 tahun dari Terengganu itu digelar pondan gara-gara berkongsi foto gubahan hadiah minyak wangi yang dihasilkannya baru-baru ini.

“Macam pondan dok gubah-gubah hadiah… memalukan kaum lelaki,” tulis seorang individu yang juga pengikut Ashraf di Instagram.

Bercakap kepada mStar, penuntut bidang Matematik di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) itu mengakui langsung tidak ambil hati dengan komen berkenaan.

Kata-kata penghinaan yang diterima di Instagram.

Namun katanya, dia sekadar berkongsi apa yang dilaluinya itu bagi membuka mata netizen di luar sana.

“Saya sebenarnya pelajar master di UMT. Baru sebulan jual minyak wangi secara sambilan. Ada pelanggan yang nak beli minyak wangi je, ada juga yang minta saya gubah.

 

Kalau perempuan boleh buat, kenapa lelaki tak boleh?

ASHRAF

“Jadi hari tu ada pelanggan minta saya gubah hadiah minyak wangi untuk suaminya. Saya kongsi di Instagram, kemudian individu itu reply cakap macam tu.

“Saya kenal, dia salah seorang followers saya. Saya malas nak balas, saya kongsi screenshot itu di Twitter,” ujarnya.

Menurut Ashraf, dia hairan apabila usahanya mencari rezeki halal dicemuh oleh individu berkenaan.

Tambahnya lagi, hal itu tidak patut dikaitkan dengan jantina, ditambah pula pada era ini, ramai yang terdesak mencari kerja.

Ashraf tak berkecil hati dengan komen berkenaan.

“Bukan perempuan je boleh buat. Ia adalah rezeki halal. Sekarang dah tahun 2021, kerjaya tak mengenal jantina.

“Sekarang kita semua dalam krisis, ramai yang alami tekanan. Kalau nak kritik, kritik dengan cara yang betul… jangan mengutuk.

“Kalau kita cari rezeki halal, just go on walau orang kutuk. Sebab yang kutuk tu tak bayar bil serta kos makanan kita,” ujarnya.

Dalam pada itu, Ashraf bersyukur kerana masih ada yang memberi sokongan kepadanya di Twitter.

Antara hasil gubahan Ashraf.

Malah, dia menganggap kejadian itu sebagai pembuka rezeki agar namanya lebih dikenali dalam kalangan pembeli minyak wangi.

“Alhamdulillah ramai bagi sokongan di Twitter. Semua komen positif.

“Malah, ada yang kongsi kisah bapa mereka gubah bunga dan sebagainya. Kalau perempuan boleh buat, kenapa lelaki tak boleh?

“Ramai je perempuan buat kerja lelaki, begitu juga sebaliknya,” kata Ashraf lagi.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Mstar

Be the first to comment on "Niat nak cari duit lebih, pelajar master terkejut digelar pond4n selepas buat gubahan hadiah minyak wangi – “Dia tak bayar bil, kos makanan kita”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*