Ditudvh Sengaja Pakai Baju Nampak Bahu Sebab Nak Lariskan Produk, Ini Penjelasan Natashaa Hudson

” Jujur saya tak sangka ia akan mencetvskan k0ntro-versi.”

Itu kata-kata pelakon, Natashaa Hudson mengakui kesil4pannya ketika mengenakan busana yang seakan mendedahkan bahu dan menampakkan bahagian betis, baru-baru ini.

Natashaa berkata, dia ambil mudah melalui cara pemakaiannya selain menaf1kan itu adalah k0ntro-versi yang sengaja dibuat-buat.

” Ikutkan busana yang saya sarung itu boleh saja digayakan sesiapa pun mengikut cita rasa dan olahan gaya masing masing. Ya, saya ambil mudah melalui cara pemakaiannya.

” Malah harus saya tegaskan ia juga bukan k0ntro-versi terancang untuk melariskan produk Crystal C White,” katanya.

Dalam masa sama, Natashaa yang juga wajah produk Crystal C White menyifatkan kenyataan pereka fesyen, Rizman Ruzaini adalah berbaur peribadi dan berat sebelah.

Ia susulan kenyataan pereka terkenal itu meluahkan rasa kec3wa apabila busana putih yang seakan mendedahkan bahu dipakai oleh selebriti bertudung sedangkan rekaan itu untuk wanita tidak bertudung.

Natashaa berkata, Rizman tidak wajar mengeluarkan kenyataan sebegitu sebaliknya perlu menjaga hati pelanggan.

” Selepas diamati kenyataan pereka fesyen itu saya lihat ia berbaur peribadi dan berat sebelah. Mungkin kenyataan itu dibuat kerana tidak tahu siapa pembeli busana terbabit pada awalnya.

” Mungkin juga kenyataan itu dibuat kerana saya bukanlah artis gred A yang sering bekerjasama dengannya.

” Tapi dalam apa sudut sekalipun, perasaan pelanggan atau pembeli sepatutnya dihormati mereka. Baju itu dibeli dengan promosi potongan harga dan bukan ditaja mereka.

” Sekalipun pembeli dan pelanggan mengenakan tudung dan meminati rekaan yang bertentangan dengan imejnya, adakah mereka akan menjualnya?

” Saya pasti mereka akan menjualnya demi keuntungan tanpa mempersoalkan hasrat yang ingin membeli,” katanya.

Natashaa yang juga pelakon filem Chermin berkata, dia agak terkejut dengan reaksi pereka itu.

” Saya bukan tidak mengenali mereka. Begitu juga sebaliknya. Saya pernah menggayakan rek4an mereka suatu ketika dulu.

” Bukan mereka tidak boleh bertanya situasi sebenar atau selidik kepada saya sebelum mengeluarkan kenyataan balas yang disifatkan seperti mengh3ntam.

” Saya berasakan komen mereka yang busana itu tidak sesuai untuk orang berhijab tak tepat.

” Sedangkan kalau kita buat carian di Internet busana rekaan mereka sebelum ini untuk selebriti bertudung kelas A ada yang mengenakan turban dan menampakkan leher ataupun menampakkan potongan badan.

” Apa pula pendirian mereka terhadap situasi sebegitu. Tepuk dada tanya hati,” katanya.

Terdahulu orang ramai mempersoalkan tndakan Natashaa yang mengenakan busana yang kelihatan seperti menampakkan bahagian bahu dan tidak sesuai dengan imejnya yang bertudung.

Natashaa bagaimanapun menjelaskan bahagian bahu itu sebenarnya bertutup dengan kain, cuma warnanya seperti warna kulit.

” Ini adalah majlis pelancaran produk dan bukannya majlis pelancaran kedai mamak.” antara petikan kata-kata Natashaa sebelum ini yang hebat dikrit1k ramai.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://limauais.pw/2021/01/09/penjelasan-natashaa-baju-ambil-mudah/

Be the first to comment on "Ditudvh Sengaja Pakai Baju Nampak Bahu Sebab Nak Lariskan Produk, Ini Penjelasan Natashaa Hudson"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*