Takvt dij4ngkiti Covid, lelaki Indonesia tempah tempat duduk untuk satu pesawat

Bagi mengelakkan risiko untuk dijangkiti w4bak Covid-19, orang ramai disarankan untuk tidak keluar rumah lebih-lebih lagi untuk keluar negara.

Namun seorang lelaki Indonesia menemui jalan penyelesaian dengan menempah seluruh pesawat untuk penerbangan ke Bali bagi percutian tahun barunya bersama isteri.

Richard Muljadi dan isteri pelakonnya Shalvynne Chang yang sangat khuatir akan dijangkiti wab4k Covid-19 berkongsi gambar penerbangan mereka yang kosong tanpa penumpang lain sehingga kelihatan seperti di dalam jet peribadi.

Menggunakan syarikat penerbangan komersial Batik Air untuk perjalanan tersebut lelaki itu menyatakan bahawa  dia bertindak menempah keseluruhan tempat duduk untuk pesawat penerbangan komersial itu yang jumlahnya jauh lebih mudah daripada menyewa jet peribadi.

Gambar yang dimuat naik ke Instastory lelaki itu bertulis “Setelah aku tempah sebanyak mungkin tempat duduk, harganya tetap lebih murah daripada menyewa PJ. Itulah helahnya”.

Muljadi dianggarkan menghabiskan antara Rp75 juta (RM21,619.71) ke Rp110 juta (RM 31,708.91) untuk tempahan seluruh tempat duduk dalam pesawat itu.

Menurutnya dia dan isteri tidak akan terbang melainkan dalam pesawat hanya ada mereka berdua kerana terlalu paranoid akan dij4ngkiti coron4virus.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : Himpunan cerita lawak

Be the first to comment on "Takvt dij4ngkiti Covid, lelaki Indonesia tempah tempat duduk untuk satu pesawat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*