Perdana Menteri Muhiyiddin Umum 1 Berita Baik Untuk iSinar Kategori 2

Putrajaya, 18 Jan – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuat pembayaran pendahuluan bermula 26 Januari ini, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media hari ini.

Katanya, pendahuluan itu bagi menambahbaik kemudahan i-Sinar terutama bagi mereka yang menghadapi cabaran akibat PKP dan b3ncana b4njir yang melanda negara pada masa ini.

“Kerajaan telah dimaklumkan bahawa KWSP akan membuat bayaran pendahuluan sehingga RM1,000 bagi permohonan i-Sinar kategori 2,” katanya.

Ujar beliau, proses akan dipermudahkan di mana ahli hanya perlu mengisytiharkan secara kendiri bahawa mereka mempunyai kriteria ditetapkan dan hantar permohonan dalam talian.

Setakat 13 Jan, lebih 3 juta permohonan telah diluluskan dengan jumlah RM24 bilion akan disalurkan tahun ini. Maklumat lanjut akan diumumkan KWSP dalam masa terdekat.

Bayaran fasa akhir Bantuan Prihatin Nasional (BPN) 2.0 akan dipercepatkan, kata Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam sidang media hari ini.

Katanya, pembayaran kepada sejumlah 11.1 juta penerima itu akan dipercepatkan mulai 21 Januari ini melibatkan bayaran sebanyak RM2.38 bilion, katanya.

“Bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR), bayaran fasa pertama akan melibatkan lebih daripada 8 juta penerima.

Golongan isi rumah berpendapatan sehingga RM5,00 sebulan akan menerima RM300 dan bagi kategori bujang berpendapatan sehingga RM2,000 sebulan pula akan menerima RM150,” katanya.

Sumber : BERNAMA via SIAKAP KELI

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://www.awatttsyeikhh.com/

Be the first to comment on "Perdana Menteri Muhiyiddin Umum 1 Berita Baik Untuk iSinar Kategori 2"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*