Tul4r kisah Ketua Polis PJ Tlg Ibu kant0i mencvri. Sekali wartawan bagitahu sikap sebenar Asisten Komisioner Nik Ezanee

 

Terdesak hingga sanggup mencuri makanan dan plaster untuk kebah demam bagi mengubati dem4m anaknya.

Itu kesusahan hidup seorang wanita hingga sanggup mencuri di pasar raya di Petaling Jaya, semalam.

Bagaimanapun, sebaik menerima laporan polis dibuat pasar raya berkenaan, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal tampil membantu wanita itu termasuk tidak meneruskan tindakan (NFA) atas jenayah dilakukan wanita berusia 30-an itu.

Nik Ezanee berkata, pihaknya menerima laporan polis daripada pihak pasar raya yang menangkap ibu tiga anak itu mencuri plaster untuk kebah demam, kek dan sosej kira-kira 3 petang semalam.

“Semalam saya terima laporan mengatakan ada seorang wanita ditahan kerana dikatakan menc-uri kek dan (plaster untuk kebah demam) sebab anaknya demam.

“Jadi saya pun berasa terpanggil untuk berjumpa dengan wanita ini. Saya percaya dia ada masalah kalau tidak dia tidak akan buat perkara ini,” katanya menerusi video disiarkan di Facebook rasmi Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya, hari ini.

Seorang wartawan Syahril A. Kadir dan juga penulis yang berpengaruh di sosial media telah di minta oleh netizan untuk memberi ulasan mengenai berita yang tular hari ini, di mana Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal telah melakukan tindakan terpuji membantu mereka yang svsah untuk mendapatkan keperluan harian

Berikut ulasan ringkas tapi padat dari wartawan Syahril A. Kadir

“ADA yang minta saya komen pasal tindakan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Nik Ezanee Mohd Faisal, yang tadi turun padang membantu seorang ibu dalam kesusahan yang ditangkap mencuri Koolfever dan makanan untuk anak-anaknya.

Nak komen apa, memang dah tu perangainya.

Sebelum ni pun bukan main ramai bekas pegawai polis yang dah pencen, yang susah di PJ ni dia pergi jenguk, tanya khabar. Ah So yang jual kuih pau pun dia pergi jenguk.

Ini bukan publicity stunt brader. Dia adalah dia.

Strict nak mamp0s pun dia. Banyak menolong masyarakat pun dia. Itulah dia. Nak kata apa lagi.”

kredit: Syahril A. Kadir

Sebelum ini Nik Ezanee berkata, pihaknya menyampaikan bantuan makanan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan bantuan lain demi membantu wanita berkenaan yang hidup sukar.

“Susah-susah sangat mari balai polis, ini ada (plaster untuk kebah demam) untuk anak demam,” katanya kepada wanita itu.

Menurutnya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) mencabar semua pihak terutama golongan su-sah.

“PKP ini banyak mencabar kita, ramai antara kita selalu buat aduan konon tidak boleh ‘brain’ (faham) kenapa polis buat roadblock (sekatan jalan raya) tutup jalan dan berlaku kesesakan.

“Sebenarnya, bukan tuan puan saja susah tetapi ada lagi yang lain (susah). Dalam PKP ini kita nak lawan virus Covid-19,” katanya.

Nik Ezanee turut menasihatkan orang ramai berkorban sedikit kesusahan dan kesukaran sekarang untuk masa depan serta duduk di rumah bagi memutuskan rantaian w4bak itu.

Kisah Pau Kaya Aunty Ah Siong & Ketua Polis Petaling Jaya, ACP Nik Ezanee Buat Netizen Sebak

Sejak semalam nama Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal menjadi perbualan masyarakat.

Namun kali ini bukan membabitkan sebarang kes jenayah sebaliknya kisah Nik Ezanee yang meluangkan masa menziarahi seorang wanita warga emas yang bernama Ah Siong.

Difahamkan Ezanee, di zaman kanak-kanaknya kerap di berikan pau berinti kaya oleh Aunty Ah Siong setiap kali mereka bertemu.

“Aunty Ah Siong… masa kecil-kecil dulu, dia selalu belikan saya pau. Orang tua saya kerja di kawasan ini dan dia bekerja sekali.

Sekarang ni, saya boleh beli pau saya sendiri, saya hantarlah balik kat dia,” kata Ketua Polis Daerah PJ itu menerusi penstriman secara langsung di halaman Facebook rasmi mereka.

Menerusi video tersebut Aunty Ah Siong dilihat terkejut dan menahan sebak sewaktu menerima kunjungan dari Nik Ezanee dan pasukannya

Menurut Ezanee kali terakhir beliau bertemu dengan wanita warga emas yang sudah menginjak 80an itu adalah semasa dia masih di sekolah rendah. Namun dia hanya mengetahui Aunty Ah Siong tinggal di PJ selepas berbual bersama ayahnya pada penghujung minggu lalu.

“Ahad lepas, ayah tiba-tiba ada sebut pasal Aunty Ah Siong. Dan saya pun terfikir sudah lama tak jumpa dia. Ayah beritahu Aunty Ah Siong tinggal di Petaling Jaya.

“Jadi, saya menziarahinya dan kali ini membawa pau sebagai tanda ingatan, dah 30 tahun tak jumpa dia.

Saya bawa juga sekotak topeng muka untuk dia mengamalkan langkah-langkah pencegahan ketika Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP),” katanya

Namun satu perkara yang begitu mengejutkan pegawai polis itu ialah warga emas berkenaan masih lagi mengingatinya malah lebih mengejutkan apabila dia sentiasa mengikuti perkembangan dirinya malah menyimpan keratan akhbar mengenainya

“Dia masih ingat saya, dia mengikuti perkembangan tentang saya di media massa, malah turut menyimpan keratan berita mengenai saya.

“Ia benar-benar mengejutkan saya,” katanya.

Kunjungan yang dilakukan Nik Ezanee membuatkan rata-rata netizen terharu, malah ruangan komen pada video tersebut dihujani dengan ucapan terima kasih dan rasa bangga mereka di atas tindakan murni KPD Petaling Jaya menyantuni warga emas itu meskipun berlainan bangsa dan agama.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : 

Be the first to comment on "Tul4r kisah Ketua Polis PJ Tlg Ibu kant0i mencvri. Sekali wartawan bagitahu sikap sebenar Asisten Komisioner Nik Ezanee"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*