[VIDEO] Sekarang PKP, Kaka Azraff Bergusti Dengan Suami

Umum mengetahui pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan sehingga 4 Februari depan. Buat pasangan yang bercinta, pasti hanya boleh melepaskan rindu melalui panggilan video sahaja.

Baru-baru ini, perkongsian Kaka Azraff menjadi perhatian ramai apabila penyanyi itu menyarankan kepada pasangan yang bercinta supaya mengambil peluang untuk berkahwin ketika PKP.

Menurut Kaka, selain dapat jimatnya wang, sememangnya sangat seronok apabila PKP bersama pasangan kerana dapat meluangkan lebih banyak masa bersama.

“Seronoknya PKP dengan pasangan. Yup, true. Selain sakit hati dengan partner kita, seronok jugak buat benda-benda b0do bersama.

“Masa ni lah dapat luang masa yang banyak dengan pasangan kita. I sarankan kepada mereka yang sedang bercinta, kahwinlah time PKP ni. Jimat and you tak lonely,” katanya.

Dalam pada itu, menerusi perkongsian di Instagram itu juga, Kaka turut berkongsikan aktiviti menarik yang dilakukan bersama suami sepanjang terkurung bersama iaitu bergusti.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by K A (@kakaazraff)

Malah, Kaka turut memuat naik video memaprkan aksi suaminya sedang menghempapnya seolah men1iru aksi ahli gusti.

Kaka Azraff atau nama sebenarnya Nor Atiqa Noor Azraff mendirikan rumah tangga bersama Adam Azriff pada 2018 dan dikurniakan dengan seorang cahaya mata lelaki yang diberi nama Aslan.

VIDEO :

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : ROTIKAYA

Be the first to comment on "[VIDEO] Sekarang PKP, Kaka Azraff Bergusti Dengan Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*