Pernah akui buat kesilapan, Ini biodata Shuk Sahar HotFM, Pelawak

Mohammad Shukri bin Mohamed Sahar atau lebih dikenali sebagai Shuk ialah seorang pelawak, pengacara TV dan pelakon lelaki yang berasal dari Pulau Pinang, Malaysia. Beliau pernah menjadi peserta Raja LawakMusim ke-5 dalam kumpulan Balas pada tahun 2011. Beliau bergandingan dengan Fendi dalam kumpulan tersebut dan mereka berdua berasal dari Pulau Pinang.

Pada 20 Disember 2015, Syuk telah selamat melangsungkan majlis perkahwinannya bersama gadis pilihannya Rossalennah Natassyiah Asshaferah atau Sera (23 tahun) di Kampung Ulu Sapi, Beluran Sandakan, Sabah.

Pada 30 Oktober 2016, isteri Shuk selamat melahirkan anak perempuan mereka yang pertama diberi nama Nur Qurratu Ain pada pukul 10.05 malam di Pusat Perubatan Putra, Sungai Buloh.

Pada 13 Julai 2019 Shuk atau nama sebenarnya, Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 33, selamat menimang cahaya mata perempuan kedua pada Sabtu lalu.

Menurut laporan BH Online, anggota kumpulan SYJ dan Balas ini menimang anak kedua tiga minggu lebih awal daripada tarikh jangkaan.

Isteri Shuk, Rossalennah Natassyiah Asshaferah, 27, melahirkan puteri kedua mereka seberat 2.7 kilogram, pada pukul 3.05 pagi, 13 Julai lalu.

Berita gembira ini turut dikongsi oleh laman Instagram stesen radio tempat Shuk bertugas, Hot FM.

Shuk terlibat dengan stesen radio Hot FM, pengacara program Pop TV (TV9) dan Kaki Bahan (HyppTV). Disebabkan terlibat dengan kerjaya di stesen radio Hot FM pada setiap Isnin hingga Jumaat, Shuk banyak menerima tawaran sebagai pengacara. Jadi, ruang untuk berlakon menjadi agak terhad dan terbatas.

Shuk berusaha melakukan anjakan dalam kerjaya seninya agar tidak mudah berasa selesa. Dia mahu mencabar diri menjadi berdikari.

Untuk kekal dalam industri, dia perlu mempelbagaikan bakat termasuk berani mencuba perkara baharu selain tidak terlalu bergantung pada satu-satu sayap kerjaya.

Pada tahun 2019, Shuk terlibat dengan pengacaraan rancangan realiti I can See Your Voice Malaysia bersama Sean Lee.

October tahun lalu Isteri, anak kena kuarantin, Shuk Sahar terpaksa tinggal di hotel… Jumpa anak hanya depan pagar

Tidak dapat menahan lagi perasaan itu, Shuk, 34, pulang ke rumah untuk bertemu keluarganya biarpun terpaksa melihat dari jauh.

“Ayah rindu Ain tapi tak dapat peluk Ain,” kata Syuk menyebut salah seorang daripada dua anaknya.

Shuk berkongsi video ketika dia bertemu dengan anak-anaknya di luar rumah.

Menurut Syuk, sudah hampir dua minggu dia tidak berjumpa dengan keluarganya dan tidak dapat membayangkan rasa rindu untuk memeluk mereka semua.

“Disebabkan keluarga saya kena kuarantin, saya langsung tak dapat nak jumpa. Jadi, saya ambil keputusan untuk jumpa juga mereka walaupun hanya di depan pagar rumah,” katanya.

Pemilik nama Mohammad Shukri Mohamed Sahar ini turut memuat naik video dia bertemu dengan anaknya di luar rumah yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Menerusi rakaman tersebut, Shuk hanya berdiri di luar rumah dan berborak dengan dua orang anak perempuannya.

Disebabkan keluarga saya kena kuarantin, saya langsung tak dapat nak jumpa.

Video berdurasi 2 minit 50 saat itu turut mengundang rasa sebak dalam kalangan netizen dan rakan selebriti antaranya Ramona Zam Zam dan Fizie Hot FM.

Dalam pada itu, Shuk memberitahu dia terpaksa menetap di sebuah hotel berdekatan dengan pejabatnya di Petaling Jaya, berikutan anak-anak serta isteri perlu kuarantin di rumah selepas pulang dari Sabah.

“Sebenarnya selama beberapa hari ini saya bukan duduk di rumah sebab isteri dan anak-anak bawa balik dari Sabah… jadi, mereka self-quarantine di rumah dan saya kena keluar.

Shuk dan isteri mempunyai dua orang anak perempuan.

“Saya duduk dekat hotel berdekatan dengan pejabat. Hari ini saya rasa rindu sangat dengan mereka… nak pergi tengok mereka. Dapat tengok depan pintu pun jadilah,” ujarnya.

Shuk Sahar akui buat kesilapan – “Saya akan cuba pertahankan keluarga saya!”

Pada tahun 2020, SELEPAS lama mendiamkan diri, penyampai radio Hot FM iaitu Shuk Sahar akhirnya tampil menjelaskan dakwaan berlaku cur4ng terhadap isterinya, Rossalennah Natassyiah Asshaferah.

Shuk atau nama sebenarnya Mohammad Shukri Mohamed Sahar, 34, mengakui pernah mengenali wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh dan isterinya mengetahui tentang perkara itu.

“Saya mengaku yang saya pernah kenal insan terbabit dan isteri pun mengetahui perkara itu. Sebenarnya masalah tersebut sudah lama selesaikan.

“Tapi saya tak tahu apa niat individu yang menyebarkan perkara itu. Saya pun dah berbincang dengan isteri dan ambil keputusan untuk tidak mengulas lebih lanjut.

“Apa yang berlaku sudah berlalu dan saya nak fokus kepada keluarga serta kerjaya sahaja sekarang ini,” kata Shuk kepada mStar.

Pengacara dan pelawak terkenal itu ditemui ketika media night bersama HotFM & KoolFM di Red Box, The Gardens, Mid Valley, Kuala Lumpur pada Rabu.

Ketika benda itu (isu curang) berlaku, saya dan isteri serta anak dalam perjalanan pulang ke kampung di Pulau Pinang.

Sebelum ini, Shuk didakwa berlaku cur4ng dan mempunyai hubungan dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Fara Salleh.

Kisah tersebut menjadi tular pada awal Ogos lalu selepas seorang pengguna di Twitter mendedahkan beberapa bukti.

Malah individu tersebut juga membuat pelbagai dakwaan buruk terhadap Shuk dan Fara.

Biodata Ringkas Shuk Sahar :

Nama penuh : Mohammad Shukri bin Mohamed Sahar

Asal : Pulau Pinang, Malaysia

Kediaman : Kuala Lumpur Kuala Lumpur

Warganegara : Malaysia

Nama lain : Shuk Joras, Shuk Balas

Pekerjaan : Pelakon, Pelawak, Pengacara TV, Penyampai Radio

Tahun aktif : 2011 – kini

Pasangan : Rossalennah Asshaferah (2015)

Nama anak sulung : Nur Qurratu Ain (2016)

Instagram : https://www.instagram.com/shuk_hotfm/

Berikut pula kronologi kes cvrang terbaru melibatkan Shuk di tahun 2021 ini

“Bila masa aku camp4k kasut kat kau?”- Fara tampil pert4hankan diri, Sekali Jiran dia buka mulut

Hari ini, PERGOLAKAN rumah tangga pelawak Shuk Sahar kembali hangat apabila isterinya Rossalennah membuat dakwaan suaminya cur4ng.

Hari ini heboh di media sosial berhubung pend3dahan Rossalennah Natassyiah Asshafera yang mendakwa suaminya, Shuk, pelawak dan penyampai radio Hotfm berlaku cu-r4ng.

Menerusi entri di Instagram, Rossalennah mendedahkan suaminya itu masih menjalinkan hubungan dengan wanita sama iaitu Fara Salleh.

” Aku dah teduduk depan pintu merayu rayu suru suami aku keluar dan balik..

” Selama ni aku diam dah sabar dan bertahan. Diam demi menjaga a1b suami.

” Tapi semakin lama diam diorang semakin menyak1tkan hati. Satu sibuk mengejar bujang, yang bujang tak sedar diri buktikan dia tak bers4Iah dan tak gnggu rumah tangga orang,” katanya.

Tambah Rossalennah lagi, dia juga bertindak menerjah ke rumah Fara untuk meminta suaminya pulang ke rumah, namun terpaksa beredar dengan hampa.

” Allah tu maha adil naluri isteri tak pernah salah.

” Seraa ada saksi pergi sini dengan PA Shuk.. dia kol faara suruh Shuk keluar..shuk bercakap melalui fon fara kta xnak kluar.. selagi ak ada.. apa jdi dia xkan kluar..

” Bayangkan la apa perasaan aku .. aku tak pernah sesedih ini.. sesak1t ini, aku dah cukup pendam macam2..

” Allahukabar.. bila Allah menghendaki akan sesuatu tiada siapa dpt halang.. aku dah merayu mnangis depan pintu minta belas kasihan dgn kau farah.

” Kau cam-pak kasut Shuk depan aku suruh bawa balik. Apa do-sa aku sampai aku kamu buat macam ni. Aku ada anak-anak perlu jaga. Terima kasih kerana dah tinggalkan aku dengan anak-anak.

” Aku dah bertahan sampai saat ini menutup segala ce-Ia yang bvruk demi masa depan anak-anak. Tapi hari demi hari, kau bu4ng aku dengan anak-anak.

” Malam ni perjalanan aku jauh sangat, orang lain tidur, aku berkel1aran cari laki aku dimana,” katanya.

Sementara itu, menerusi entri terbaru dimuatnaik sebentar tadi, Rossalennah memuatnaik paparan skrin status yang ditulis Fara berhubung Rossalennah.

Berikut adalah respon balas ditulis Fara yang didedahkan oleh Rossalennah;

Fara antara lain berkata, dia tidak pernah menghalau Rossalennah, sebaliknya hanya menutup pintu dan Rossalennah telah pulang sendiri.

Selain itu, Fara mendkwa dia tidak sembunyikan ‘manusia’ (Shuk) di dalam rumahnya.

” Semalam kau kata nak call JAIS kalau aku tak bagi kau masuk, aku persilakan kau call JAIS.

” Aku siap bagitau call polis sekali sebab kalau kau je maaflah ya, memang aku takkan bagi masuk, sebab rumah aku.

” Aku offer video call untuk tourtour rumah segala pelusuk aku boleh tunjuk kalau betul aku sembunyikan manusia dalam rumah, tapi kau taknak! Kenapa??

” Aku ada soalan;

” 1- Bila masa aku h4Iau kau? Kau yang taknak balik dan nak tunggu depan rumah sampailah manusia kau cari tu keluar so then aku pun tutuplah pintu sambung tidur.

” 2- Bila masa aku dirayu sambil kau menangis? Kau berikan aku arahan sis, bukan merayu kat aku, dan ugut untuk pec4hkan pintu rumah.

” 3- Bila masa aku campak kasut kat kau? Aku bagi dua-dua belah tu melalui jeriji besi.” tulis Fara.

JIRAN NAMPAK SHUK TURUN IKUT BALKONI

Isteri Shuk Hot FM telah memuat naik 1 tangkap perbualan antara dia dan seorang individu.

Individu tersebut bertanyakan kepada Rossalennah pada jam berapa dia pulang selepas datang ke rumah wanita yang dikatakan ada hubungan dengan Shuk.

Menurut perbualan itu, dikatakan jiran nampak Shuk HotFM turun dari balkoni pada pukul 3 pagi dan Rossa memberitahu pada waktu itu juga dia datang.

Jiran itu memberitahu sebab kenapa Shuk turun balkoni adalah kerana powerbank terjatuh.

Tidak dapat disahihkan samada perkara ini benar benar berlaku atau pun tidak tetapi ini yang telah di screenshot oleh Rossa, isteri Shuk Hot FM

Bersama kapsyen tersebut, Rossalennah turut berkongsi beberapa rakaman video dia menerjah sebuah rumah mencari suaminya.

Namun dia mendakwa terpaksa beredar dengan hampa kerana dihalau ketika tiba di rumah berkenaan.

Aku sayang kau dan anak-anak, aku tak sanggup berpisah tapi kau hancurkan aku hari demi hari, kau tipu aku hari demi hari!

“Aku ada anak-anak perlu jaga. Terima kasih kerana dah tinggalkan aku dengan anak-anak. Aku dah bertahan sampai saat ini menutup segala cela yang buruk demi masa depan anak-anak.

“Tapi hari demi hari, kau buang aku dengan anak-anak. Malam ni perjalanan aku jauh sangat, orang lain tidur, aku berkeliaran cari laki aku di mana, ” ujarnya.

Isteri kecewa tindakan Shuk namun akui masih sayang.

Sementara itu, Rossalennah mendakwa dia kecewa apabila suaminya tidak bercakap benar demi mempertahankan hubungan bersama wanita lain.

“Kau setiap hari balik men1ipu aku, kau buat aku dan anak-anak macam tak ada perasaan. Aku dah melutut merayu dengan kau tolong balik pada kami, tapi apa kau buat malam ni?

“Aku sayang kau dan anak-anak, aku tak sanggup berpisah tapi kau hancurkan aku hari demi hari, kau tipu aku hari demi hari… kau tipu aku… aku dah puas menangis.

“Kaki kau pun aku dah cium minta ampun supaya kau balik dengan aku dan anak-anak, esoknya kau buat lagi dan tak ada rasa bersalah pun dalam diri kau, ” katanya.

MStar sedang berusaha mendapatkan penjelasan lanjut daripada Shuk yang juga penyampai radio Hot FM ini.

Shuk sebelum ini pernah dikaitkan dengan seorang wanita sekitar Julai tahun lalu.

Rossalennah dikatakan pernah berbincang secara baik dengan wanita berkenaan.

Sehingga ke saat ini, Shuk masih belum memberi apa-apa penjelasan buat dirinya. Namun hasil tinjauan di laman Instagram bekas peserta Raja Lawak itu mendapati ruangan komen sudah pun dipenuhi dengan m4kian dan kec4man daripada netizen.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : trendingsangat.pw

Be the first to comment on "Pernah akui buat kesilapan, Ini biodata Shuk Sahar HotFM, Pelawak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*