“Dua-Dua Mata Sembab Dan…” Peminat Perasaan Sesuatu Pada Ayda Jebat Dan Nabil Mahir

Kehangatan cinta antara pasangan suami isteri Ayda Jebat dan Nabil Mahir semakin membuak-buak selepas mereka pulang daripada percutian bulan madu di Pulau Langkawi.

Ayda Jebat & Nabil Mahir Batal Majlis Resepsi - Glam Malaysia

Ayda dan Nabil kini kelihatan agak letih sehingga menampakkan kesembapan di mata masing-masing.

Menerusi video yang dimuat naik di laman Instagram Nabil, jelas menunjukkan Ayda dan Nabil kelihatan seperti tidak cukup tidur.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Nabil Mahir (@nabilmahir)

Mungkin mereka sedang sibuk menyusun semula semua jadual kerja bersempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilaksanakan baru-baru ini.

Rata-rata peminat mereka meninggalkan komen supaya pasangan ini mendapatkan rehat yang secukupnya.

Dalam masa yang sama, mereka turut sempat memesan kepada Ayda dan Nabil untuk kurangkan ‘aktiviti malam’ kerana khuatir dengan tahap kesihatan mereka.

Aaiipp, amboi korang ni nampak saja ya mata sembab Ayda dengan Nabil tu.

Mana tahu Ayda dengan Nabil sekarang ni tengah dalam fasa untuk mendapatkan 13 cahaya mata seperti yang dirancangkan?

Apa pun sekali lagi, selamat meniti bahtera perkahwinan untuk Ayda dan Nabil!

Sumber foto dan video: Instagram Nabil Mahir

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.hotfm.com.my/hotupdate-dua-dua-mata-sembab-peminat-mahu-ayda-jebat-dan-nabil-mahir-berehat-kurangkan-aktiviti-malam/

Be the first to comment on "“Dua-Dua Mata Sembab Dan…” Peminat Perasaan Sesuatu Pada Ayda Jebat Dan Nabil Mahir"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*