“Keserasian Saya & Rita Tidak Dibuat-Buat” – Rashidi Ishak

Filem terbaharu arahan Kabir Bhatia, Kerana Korona telah menemui penonton menerusi Astro First (saluran 480) mulai Khamis lalu.

Filem ini menyaksikan pertemuan kembali dua pelakon hebat Rashidi Ishak dan Rita Rudaini dalam sebuah filem.

Bercakap mengenai kerjasama itu, Rashidi memuji sikap profesional Rita.

“Kami kembali berlakon bersama dalam sebuah filem, apa yang boleh saya katakan, bekerjasama dengan Rita sangat mudah.

“Dia merupakan seorang pelakon yang profesional, jadi, keserasian kami dalam filem itu terjadi dengan mudah dan tidak dibuat-buat.

“Selain itu, bekerja di bawah arahan Kabir Bhatia juga memudahkan lagi kami untuk menjayakan filem ini,” katanya ketika dihubungi Gempak.

Kerana Korona mengisahkan tiga cerita yang mempunyai pertalian, ia membawa penonton lebih menghayati nilai murni serta melihat dari sudut positif di sebalik Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Bukan itu sahaja, bagi babak di kampung yang ditonjolkan, mesej yang cuba disampaikan adalah apabila terjadi PKP ia membuatkan masyarakat Malaysia lebih bersatu membantu antara satu sama lain agar dapat sama-sama meneruskan perjuangan dalam waktu getir.

Tambah Rashidi, pengalaman berhadapan PKP tahun lalu membantu penghayatan lakonannya dalam filem tersebut.

“Kita sudah lalui PKP pertama kali pada bulan Mac tahun lalu, jadi perkara itu membantu lakonan saya untuk watak dalam situasi yang sama,” katanya lagi.

Selain Rashidi dan Rita, Kerana Korona turut menampilkan barisan pelakon hebat lain seperti Ummi Nazeera, Shasha Abedul, Datuk Jalaludin Hassan, Fatimah Abu Bakar dan ramai lagi.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "“Keserasian Saya & Rita Tidak Dibuat-Buat” – Rashidi Ishak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*