Sweet Qismina ‘Sound’ Pihak Sekolah Kendalikan Proses Ambil Dan Hantar Buku Teks

Persekolahan sesi 2021 masih tidak dapat dijalankan secara biasa kerana majoriti murid perlu mengikuti pembelajaran secara dalam talian.

Ini kerana arahan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 dikenakan atas peningkatan jumlah kes C0V1D-l9 di Malaysia.

Oleh itu, untuk proses pengambilan dan penghantaran buku teks juga dijalankan dengan cara berbeza.

Mengulas perkara ini, pelakon Sweet Qismina telah memuat naik satu hantaran di Instagram miliknya pada 26 Januari 2021.

Perkongsian Sweet yang diambil daripada akaun Twitter beliau itu menegur proses pengambilan dan penghantaran buku teks yang dianggapnya kurang sesuai.

Ia setelah beliau mengalaminya sendiri bagi urusan itu untuk adik perempuannya.

Melalui perkongsian itu, Sweet menyentuh tentang usia ibu bapa atau penjaga yang menggalas tugas untuk proses tersebut.

Ada di antara mereka yang sudah berusia dan cuaca yang panas pula menambahkan keletihan.

Selain itu, buku teks yang berat dikira menjadi beban buat mereka.

Isu tiada bantuan untuk pergerakan juga membuatkan mereka sukar untuk ke tempat yang sepatutnya dengan saiz sekolah yang agak besar.

Sweet juga mengakhiri perkongsian itu dengan memberi cadangan untuk penambahbaikan.

Buat ibu bapa atau penjaga yang mengalaminya pasti lebih tahu bagaimana proses berkenaan dijalankan di sekolah.

Sumber: Instagram Sweet Qismina

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://www.hotfm.com.my/hotselebriti-sweet-qismina-tegur-cara-pihak-sekolah-kendalikan-proses-ambil-dan-hantar-buku-teks/

Be the first to comment on "Sweet Qismina ‘Sound’ Pihak Sekolah Kendalikan Proses Ambil Dan Hantar Buku Teks"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*