Pernah Tvlar Terp4ksa Jual Laksa Demi Tampung Hidvp, Penyanyi Ashira Bakal Nikah Dengan Bad Indigo

” Kali pertama berjumpa Ashira, hati saya terus jatuh cinta pandang pertama padanya.”

Itu pengakuan ahli kumpulan Indigo, Bad atau nama sebenarnya, Badrul Izhan Yeop Abdullah, 46, yang bakal berkhwin dengan penyanyi Ashira.

Menurut Bad, setelah lebih 10 tahun menduda, mengakui terbuka hati untuk berkhwin selepas kedua-duanya terlibat dalam program Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7).

Bad berkata, dia jatuh hati ketika pertama kali bertentang mata dengan penyanyi yang popular dengan lagu Ombak Resah itu sekitar Oktober tahun lalu.

” Kami mula berkenalan ketika sama-sama menyertai Gegar Vaganza tahun lalu dan daripada situ kami jadi rapat dan saling bertukar nombor telefon.

” Sikap kelakar dan penyayang Ashira merupakan antara sebab saya jadi lagi terpaut hati padanya.

” Bukan sahaja dengan saya, dengan orang lain pun saya nampak dia seorang yang sangat mengambil berat orang di sekelilingnya,” katanya ketika dihubungi mStar.

Bad dan ahli kumpulan Indigo, Zam dan Shah.

Enggan menunggu lama, Bad juga berkata dia sudah bersedia untuk memperisterikan Ashira atau nama sebenarnya, Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 36 selewat-lewatnya pada Mac ini.

” Saya dah berjumpa dan berbincang dengan ibu bapa Ashira pada bulan Disember lalu untuk membincangkan mengenai pernikahan kami.

” Kalau boleh saya nak segerakan hal yang wajib dahulu, dalam keadaan negara yang sedang berhadapan dengan pandemik Covid-19, kami tangguhkan dahulu untuk majlis resepsi.

” Kami dah pun hantar borang permohonan nikah secara online dan sekarang tunggu jawapan daripada JAIS (Jabatan Agama Islam Selangor) sekiranya terdapat kekosongan slot pada bulan Mac nanti,” ujarnya lagi.

Sementara itu ketika ditanya mengenai penerimaan anaknya, Bad berkata, kedua-dua anaknya menerima baik kehadiran Ashira.

” Alhamdulillah, kedua-dua anak saya mempunyai hubungan yang baik dan rapat dengan Ashira, begitu juga saya dengan anaknya,” katanya.

Bad sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga pada 2007 namun bercrai tiga tahun kemudian. Hasil perkhwinan, dia dikurniakan sepasang cahaya mata, Rayyan, 12, dan Rania, 11 tahun.

Manakala Ashira merupakan ibu tunggal dan mempunyai seorang anak lelaki, Megat Shazril Haziq Hadi yang kini berusia 15 tahun.

Nama Ashira sebelum ini hangat diperkatakan selepas dia berkongsi cerita pernah dihalau kerana gagal membayar sewa rumah disebabkan tiada pendapatan.

Hal itu berlaku sehari selepas dia mengetahui dirinya layak menyertai program GV7, tahun lalu.

Penyanyi yang popular menerusi lagu Di Ombak Resah, Ashira terpaksa menumpang berlindung di rumah kakaknya selepas dihalau keluar dari rumah sewanya itu.

Cerita Ashira sebak, dia akur dengan arahan pemilik rumah sewanya setelah dia gagal membayar duit sewa sebanyak RM1,200 selama enam bulan sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan pada Mac lalu.

” Sejak PKP kehidupan saya tak berapa baik dan hilang punca pendapatan.

” Sebelum ini, saya menyanyi di sebuah kelab malam tapi sekarang kan tak dibenarkan buka sebab itu saya tak ada income.

Tampung hidup jual laksa

” Saya ada cuba pelbagai cara untuk survive dengan menjual laksa dan tolong kawan berniaga secara online tapi nampak gayanya semua tak menjadi dan saya cuba benda lain juga… buat live di Bigo.

” Dapat la duit sikit untuk bayar bil elektrik dan air tapi masih tak lepas bayar sewa rumah. Setengah tahun juga saya tak mampu nak bayar. Kalau ada duit lebih pun saya boleh bayar dalam RM100 macam itu.

” Allah beri dugaan… sehari selepas dapat berita saya layak masuk GV7, saya diminta keluar dari rumah itu dan hari ini (Selasa) merupakan hari terakhir saya perlu serahkan kunci,” katanya.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:limau ais

Be the first to comment on "Pernah Tvlar Terp4ksa Jual Laksa Demi Tampung Hidvp, Penyanyi Ashira Bakal Nikah Dengan Bad Indigo"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*