Elisya Bertunang Dgn Anak Sheila Rusly, Sekali Fasha Sandha Luah Buat Ramai Sebak

Selepas menjadi bualan hangat peminat, akhirnya pelakon Elisya Sandha dan anak lelaki kepada penerbit dan pelakon terkenal, Sheila Rusly yang dikenali sebagai Uzair Haqimy selamat mengikat tali pertunangan dalam sebuah majlis yang diadakan secara tertutup pada Ahad.

Biarpun begitu, Fasha Sandha yang merupakan kakak kepada selebriti jelita itu turut berkongsikan detik bahagia adiknya dengan pasangan.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Detik itu turut dikongsikan bersama satu rakaman video dan dengan berkapsyenkan kata-kata yang panjang buat adiknya itu.

“Melepaskanmu, bukan satu perkara yang mudah kerana pada Angah, Elisya masih lagi our baby girl. Walaupun berat untuk kami, sejujurnya apa saja yang akan membuatmu bahagia. Kami turuti, bahagia Elisya, maka kami juga akan turut bahagia.

Persanan Angah untuk Elisya dan Uzair, terimalah keburukan dan kebaikan masing-masing kerana manusia itu diciptkan Tuhan tidak sempurna namun disebalik ketidaksempurnaan itu Tuhan ciptakan bahagia antara manusia.

“Welcome to the family, Uzair Haqimy! Alhamdulillah keluarga kami kini menjadi lebih besar, Syukur Alhamdulillah. Semoga kasih sayang dan cinta kalian, kekal dan bahagia ke Jannah.”

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha)

Posting Fasha Sandha bagaimanapun turut menerima komen daripada pasangan sama cantik, sama padan itu dengan mengucapkan terima kasih kepadanya dan dalam pada masa yang sama, kapsyen panjang Fasha Sandha mengundang sebak peminat.

“Thank You for accepting me angah…”

Screenshot_806

“Sebak pulak baca caption…”

Screenshot_808

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://himpunanceritalawak.com/2021/02/02/pada-angah-elisya-masih-lagi-our-baby-girl-fasha-sandha/

Be the first to comment on "Elisya Bertunang Dgn Anak Sheila Rusly, Sekali Fasha Sandha Luah Buat Ramai Sebak"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*