Sanggup Rentas Daerah Nak Dating, Sempat Upload Video ‘Sweet’, Pasangan Ini Merayu Minta ‘Paklong’ Lepaskan

Semalam, di media sosial tular satu video di mana satu pasangan kekasih telah ditahan oleh anggota penguatkuasa yang sedang bertugas. Difahamkan, pasangan ini dipercayai telah mel4nggar prosedur operasi standard (SOP) semasa Perint4h Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP) dilaksanakan di negeri tersebut.

Namun, apa yang lebih mencuit hati apabila, gadis itu dilihat cuba ‘merayu’ kepada anggota penguatkuasa supaya melepaskannya dan tidak mengenakan sebarang kompaun yang berharga RM1,000. Pada masa yang sama, gadis itu sempat juga menangis memohon simpati daripada mereka. Aduh kelakar habis!

Tolong lah lepas kami!

Difahamkan pasangan kekasih ini dipercayai telah merentas daerah dan berjumpa di Pantai Merdeka, Kedah. Gadis itu membawa motosikalnya dari Kulim menuju ke Pantai Merdeka secara berseorangan. Manakala, teman lelakinya datang bersama kawannya.

Minta maaf sangat-sangat, kami merayu. Takmau Pak Long, takmau Pak Long, takmau. Moto orang ni, takmau lah sorry lah kami balik betoi-betoi, kami balik. Takmau lah, takmau lah. Kami balik betoi Pak Long, kami mintak maaf, kami taktau. Tolonglah Pak Long, kami takmau ni.

Menerusi video yang berdurasi hampir dua minit itu, memaparkan tindakan gadis itu yang berulang kali memohon maaf atas kesalahan yang dilakukan olehnya. Pada masa yang sama, gadis itu juga men4ngis berkali-kali seolah-olah meminta simpati supaya dilepaskan oleh petugas penguatkuasa tersebut. Lebih mengeejutkan lagi, apabila gadis ini langsung tidak membawa kad pengenalan dirinya.

Namun, teman lelakinya dilihat terdiam seribu bahasa, dan hanya bercakap apabila disoal oleh mereka. Pada masa yang sama, tiada sebarang info lanjut yang mengesahkan bahawa pasangan ini telah dikenakan kompavn mahupun tidak.

Sempat upload video TikTok

Malahan, gadis itu juga sempat memuat naik satu video di laman TikTok di mana dia bersama teman lelakinya di tempat kejadian. Video tersebut menujukkan kedua-dua mereka begitu teruja berjumpa sesama mereka. Namun, hasil pemeriksaan video tersebut sudahpun dipadam olehnya di laman tersebut.

Bahkan video tersebut juga diletakkan lagu istimewa dan beberapa momen-momen mesra dan boomerang mereka berdua. Itulah orang cakap, malang tidak berbau kan?

VIDEO :

Sumber: Twitter

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://ohbulan.com/sanggup-rentas-daerah-nak-dating-sempat-upload-video-sweet-pasangan-ini-merayu-minta-paklong-lepaskan

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

 

Be the first to comment on "Sanggup Rentas Daerah Nak Dating, Sempat Upload Video ‘Sweet’, Pasangan Ini Merayu Minta ‘Paklong’ Lepaskan"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*