Jgn Ingat Selamat Wlupun Dikelilingi Komando. Pndedahan Penulis Trkenal Mngkin Akn Buat Ebit Lew Trdiam

Perkongsian pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew di Instagram yang memaklumkan beliau tidak dibenarkan meneruskan misi menghantar bantuan makanan ke pulau-pulau di Semporna menarik perhatian ramai.

Pemilik nama sebenar Ebit Irawan Ibrahim Lew turut memberitahu, antara hukuman boleh dikenakan didenda 100 ribu atau penjara 3 tahun sekiranya ingkar.

Susulan dari itu, pelbagai pihak telah tampil memberi kenyataan termasuk pihak polis dan kerajaan negeri Sabah yang menafikan mereka menghalang Ebit Lew menyalurkan bantuan.

Namun apa yang difahami, pihak polis antara lain mengatakan perkara itu melibatkan isu keselamatan Ebit Lew sendiri.

Sementara itu, seorang penulis terkenal, Syahril A. Kadir menerusi satu perkongsian di Facebook berkongsi pengalaman beliau ketika bertugas di Lahad Datu sewaktu pencerobohan tentera Sulu.

Syahril antaranya mendedahkan ‘kecekapan’ puak-puak itu dalam melakukan jnyah tidak harus dipandang remeh.

” Aku dah lihat sendiri kekeja-man puak-puak tntera Sulu masa pencero-bohan Lahad Datu dulu.

” Aku dah lihat sendiri bagaimana mereka menggunakan segala teknik dan kemahiran yang mereka miliki untuk mencu-Iik, menyksa dan membv-nuh anggota pasukan keselamatan kita.

” Sepanjang berada buat liputan di sana, walaupun dikelilingi anggota komando tentera dan unit khas polis, kami wartawan sendiri sedaya mungkin memakai jaket kali peluru dan helmet untuk keselamatan diri.

Amal ilmu mistik

” Kecekapan ‘puak-puak’ ini jangan pandang rendah, dengan kemahiran menyelam, kemahiran senjata api, kemahiran tipu muslihat dan dengan segala ilmu mistik yang mereka miliki, dengan petik jari saja mereka boleh mencu-Ilik dan sampai ke tahap membv-nuh jika mereka mahu.

” Justeru bila polis bagi ‘hint’ tertentu maka paham-paham sendirilah.

” InsyaAllah, takde siapa nak halang kita buat kebajikan, tetapi pada masa yang sama jangan ambil mudah soal ny4wa dan keselamatan.

” Kita mungkin tak sedar, tetapi tak mustahil ada mata yang sedang memerhati dan menunggu masa untuk membuat angkara!” tulis Syahril.

Terdahulu Ustaz Ebit meraih perhatian ramai apabila kisahnya yang berjaya membawa satu kampung berjumlah 157 orang dari suku Bajau Laut di Sabah memeluk Islam tular di media sosial.

Tidak terhenti di situ, Ebit juga berikrar yang beliau akan terus membantu penduduk di kawasan tersebut dan kini sedang berikhtiar untuk membina sekolah serta menyediakan ustaz untuk mengajar penduduk di sana.

Namun hari ini berita menyedihkan dikongsi beliau apabila menyatakan misi bantuannya untuk membantu penduduk kepulauan tersebut terpaksa dihentikan.

” Sayu hati. Saya minta maaf pada penduduk di pulau di Semporna yang saya Islamkan. Saya tidak dapat lagi meneruskan misi bantuan. Saya tangguhkan niat bina sekolah.

” Pagi ini saya dimaklumkan saya tidak dibenarkan untuk ke Pulau-pulau di Semporna dan diminta untuk berhentikan bantuan di sekitar kepulauan ini kerana ia menyalahi undang-undang.

” Saya juga dimaklumkan yang saya bakal berdepan hukuman denda RM100,000 atau penjara tiga tahun.

” Saya minta maaf. Saya terpaksa menangguhkan pembinaan sekolah kecil atau pusat kegunaan masyarakat setempat yang saya rancang.

” Saya dah beli kayu-kayu. Saya dah kumpul tujuh orang guru. Semangat mereka nak mendidik dan menjadi sumber pendapatan mereka. Saya minta maaf yer ustaz ustazah semua,” tulisnya lagi dengan penuh kesal.

Sumber:FB Syahril A. Kadir dan sinarharian

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://limauais.pw/2021/02/03/walaupun-dikelilingi-komando/

Be the first to comment on "Jgn Ingat Selamat Wlupun Dikelilingi Komando. Pndedahan Penulis Trkenal Mngkin Akn Buat Ebit Lew Trdiam"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*