‘Orang Kaya Kek Pun Buat Main…’ Foto Sambut Hari Jadi Anak Amyra Rosli Dikec4m Netizen?

Sudah menjadi lumrah dalam dunia seni, apabila suami dan isteri merupakan selebriti atau pelakon, maka secara tidak langsung anak-anak mereka pasti turut mengecapi populariti tersebut. Begitu juga dengan pasangan cukup romantis Amyra Rosli dan Amar Bahrin yang kini sudah memiliki dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi dan Ayra Arissa. Telatah dan gelagat anak pasangan ini telah menjadi perhatian ramai.

Terbaru, nama pelakon cantik ini telah menjadi bualan hangat di media sosial selepas dia berkongsi beberapa foto sempena sambutan hari jadi anak tercinta, Ayra Arissa.

Anaqi dan Arissa ‘main’ kek

Kekocahan itu tercetus selepas pelakon cantik, Amyra Rosli memuatnaik beberapa foto di Instagram yang memperlihatkan mereka sekeluarga sedang mengadakan ‘photoshoot’ sempena sambutan hari jadi anak perempuannya, Arissa. Tetapi apa yang menarik perhatian netizen adalah foto kedua-dua anak pasangan ini sedang ‘bermain’ dengan kek hari jadi tersebut.

Perkara ini telah mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen kerana kek merupakan satu jenis makanan yang sepatutnya dimakan dan bukannya dibuat main. Malah, mereka juga mengatakan tindakan itu adalah satu pembaziran lebih-lebih lagi ketika tempoh PKP ini. Dalam pada itu, mereka turut menasihati Amyra dan Amar mendidik anak supaya mensyukuri rezeki dan menghargai makanan.

Bukan kek tapi krim

Sementara itu, Amyra ada memuatnaik satu status di IG Story menjelaskan bahawa kek yang ‘dimain’ oleh anak-anaknya itu adalah krim sahaja dan bukannya kek seperti yang difikirkan. Malah, dia juga sempat meminta netizen supaya tenang sebaliknya fokus dengan perkara yang lebih penting dan bermanfaat sepanjang tempoh PKP ini.

‘Jangan stress pasal kek’

Respon netizen

‘Kek tu untuk makan’

Sumber: Amyra Rosli

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://ohbulan.com/orang-kaya-kek-pun-buat-main-kongsi-foto-sambut-hari-jadi-anak-amyra-rosli-dikecam-netizen

Be the first to comment on "‘Orang Kaya Kek Pun Buat Main…’ Foto Sambut Hari Jadi Anak Amyra Rosli Dikec4m Netizen?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*