“Banyak Perkara Terpksa Dik0rbankan” ‘Dream Wedding’ Neelofa Hancvr?

Selepas reda isu putus tunang dan hubungannya bersama PU Riz serta ahli keluarga kembali pulih, Neelofa baru-baru ini ada mengumumkan yang pasangan ini akan melangsungkan perkahwinan pada Mac depan.

Menurut Kosmo, dia juga pada masa yang sama akan berkongsi tentang perincian majlis tersebut dalam masa terdekat ini.

Pun begitu, apa yang membuat Neelofa sedikit sedih apabila dream weddingnya dan para pengantin yang mengalami nasib yang sama hancur atau terpaksa dikorbankan angkara Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Alahai… 

Semua pasangan ada ‘dream wedding’. Saya percaya ramai yang terpaksa korbankan hal ini sebab situasi sekarang sangat tidak mengizinkan.

“Saya sendiri sudah berbincang juga dengan perancang perkahwinan, disebabkan pandemik dan kes yang masih tidak surut-surut, banyak perkara yang terpaksa dikorbankan. Insya-Allah, kita buat apa yang boleh sahaja.

“Secara amnya, semua ‘dream wedding’ pasangan bakal suami isteri hancur sebab memang tak boleh buat apa kerana Covid-19,” katanya.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Neelofa (@neelofa)

“Hubungan saya dengan Riz semakin baik dan positif” 

Bila ditanya mengenai desas-desus sama ada perkahwinannya bakal dipercepatkan kerana situasi yang melanda, Neelofa masih belum ada jawapan mengenai hal tersebut.

Dia juga pada masa yang sama mengakui hubungannya dengan PU Riz ketika ini sangat baik selepas dilanda gosip putus tunang tak lama dulu.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by HARIS ISMAIL (@hrisbismail)

“Saya akan kongsi dalam masa terdekat. Dengan keadaan sekarang, banyak perkara yang terhad. Saya sendiri cuba mendapatkan kepastian dengan menghubungi beberapa pihak sama ada sesuai atau tidak untuk mengadakan majlis.

“Banyak perkara yang masih belum jelas. Hubungan saya dengan Riz bagaimanapun semakin baik dan positif. Alhamdulillah. Saya akan kongsi, jangan risau,” katanya.

Apa-apapun kita doakanlah semoga semuanya dipermudahkan. Dapat kahwin kat pejabat agama pun kira syukurlah. 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber:Lobak Merah

Be the first to comment on "“Banyak Perkara Terpksa Dik0rbankan” ‘Dream Wedding’ Neelofa Hancvr?"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*