Influencer Dakwa Digugvrkan Dari Muzik Video Krn Stacy Cemburu, Sekali Akim Masuk Komen

Sejak semalam tular di media sosial Twitter dakwaan seorang influencer Vietnam dikenali sebagai Jade, yang kesal apabila babak melibatkan dirinya di dalam sebuah video muzik dipotong gara-gara sikap cemburu isteri vokalis terlibat.

Walaupun Jade tidak menyatakan nama vokalis dan isterinya, namun warga Twitter mengaitkan bebenang ditulis model kacukan Jerman – Vietnam itu ditujukan kepada Akim dan Stacy.

Menerusi bebenang tersebut Jade yang juga seorang model itu berkata, dia terkejut apabila pihak produksi memberitahu semua babak melibat dirinya terpaksa dibuang kerana isteri vokalis tersebut tidak menyukainya.

Bagaimanapun bebenang tersebut telah menarik perhatian Akim yang juga vokalis kumpulan Akim & The Majistret dan bertindak membalasnya.

“Pandai eh dik? Siapa yang kecewa sangat ni?,” tulisnya.

Dalam pada itu Akim turut membuat penjelasan di akaun peribadi Twitternya mengenai dakwaan yang dibuat Jade.

Akim berkata lagu Rampas didedikasikan khas buat allahyarham ibunya dan berasakan muzik video tersebut tidak sesuai untuk dikeluarkan.

“Rampas tu, tulisan khas atas pemergian orang yang paling aku sayang, ibu aku. Dengan MV yang pada aku agak sensitif dan keterlaluan, aku rasa tak sesuai untuk aku keluarkan. Jadi aku ambik keputusan untuk tukar semua konsep MV kepada yang boleh ditonton untuk semua.

“Termasuk keluarga aku anak-anak aku, cikgu aku, kawan ayah aku, kawan ibu aku, kawan-kawan aku, sebab aku masih berpegang pada adat dan budaya timur aku, sebab aku…. Anak Ahmad….

“Aku dah kehilangan ibu aku, kalau aku keluarkan MV yang keterlaluan pada pandangan mata orang asia macam aku ni, apa pulak pandangan kekecewaan yang akan aku dapat dari ayah aku?

Aku tak nak kecewakan ayah dan keluarga,” jelas Akim.

Akim mengakui jalan cerita untuk muzik video tersebut memang sudah diberitahu sebelum penggambaran tetapi selepas diedit dia mendapati jalan cerita tidak sesuai dengan maksud lagu.

“Iye betul, tapi jalan cerita MV tu yang diberitahu masa hari penggambaran MV tu. Jadi bila dah edit, rasa tak kena jalan cerita dengan maksud lagu. Jadi aku mintaklah untuk keluarkan scene-scene yang tak kena,” tulis Akim menjawab pertanyaan seorang warga Twitter.

Dalam pada itu Akim turut berang kerana kontroversi ini berlaku pada hari ulang tahun perkahwinannya.

“Hari ni anniversary aku, kau kacau family aku? Kau rasa kau siapa sial?”, tulisnya berang.

Tambah Akim lagi, jalan cerita muzik video Rampas juga sudah dibincang tetapi kononnya atas nama ‘seni’ idea yang dirasakan kurang sesuai itu tetap diteruskan pihak tertentu (tidak dinyatakan).

“Suami mana tak s4kit hati, seolah-olah kita tak buat kerja” – Akim sedih Stacy jadi mngsa cemu.han netizen

PENYANYI Akim Ahmad mengaku berasa sakit hati dengan kecaman yang dilemparkan terhadap isterinya, Stacy gara-gara berpenampilan seksi pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) ke-32 minggu lalu.

Pemilik nama sebenar Afiq Hakim Ahmad, 28, berkata, dia sudah melakukan yang terbaik dalam mendidik isterinya terutama dalam mendalami agama Islam.

“Mula-mula saya agak sakit hati bila isteri kita kena macam tu… suami mana tak sakit hati. Seolah-olah kita ni tak buat kerja kita pula. Saya tahu saya seorang muslim dan ketika saya ‘ambil’ Stacy tu, saya dah tahu apa yang saya perlu lakukan.

“Saya bersyukur sebab Stacy yang saya kenal dulu jauh berbeza dengan diri dia sekarang. Pakaian dia sekarang pun sangat jauh berbeza. Itu adalah perkembangan positif.

“Sebagai suami, saya berbangga dengan perubahan yang Stacy sudah lakukan. Mereka yang baru kenal dia selepas masuk Islam, mungkin mereka akan cakap begitu (wanita akhir zaman),” ujarnya kepada mStar.

Selain itu, Akim berkata, dia turut terkilan dengan sikap netizen yang melabelkan isterinya itu dengan komen-komen jahat.

Menurut penyanyi lagu Potret ini, mereka yang tinggi ilmu agama seharusnya lebih mengetahui mengenai adab sebelum melontarkan kata-kata terhadap seseorang.

“Yang paling penting sekali bila nak menegur itu ada caranya… menegur tak boleh dilakukan di hadapan khalayak sebab itu bukan cara nabi kita, jauh sekali.

Saya dah tengok dulu baju itu cuma tak terfikir sampai ke tahap itu. Baju itu okay sahaja, semua tertutup.

“Kalau nak tegur, sebaik DM (direct message) dan saya tak pernah nampak pun kalau ada yang hantar DM dekat saya. Itu yang buat saya terkilan.

“Mereka tahu agama tapi tak tahu adab dan tatasusila agama itu sendiri. Mereka lebih kepada nak memalukan sahaja.. tapi saya doakan semoga tuhan ampunkan d0sa mereka,” ujarnya.

Tambah Akim lagi, dia cukup kagum dengan sikap Stacy yang sentiasa cuba menjaga aibnya sebagai suami dan perubahan positif yang dilakukannya berbanding sebelum ini.

Akim menjelaskan Stacy banyak melakukan perubahan selepas memeluk agama Islam.

“Saya dah tengok dulu baju itu cuma tak terfikir sampai ke tahap itu. Baju itu okay sahaja, semua tertutup. Memang tiada apa yang perlu diperbesarkan.

“Saya percayakan Stacy kerana apa sahaja yang nak dipakainya dia akan sentiasa cuba menjaga aib saya.

“Saya amat memuji apa yang dia selalu fikirkan. Dia sendiri pun tak mahu saya terpalit sama,” katanya.

Pada malam kemuncak ABPBH32, Stacy tampil dengan persembahan yang bertenaga menerusi lagu terbaharunya, Khayal.

Bagaimanapun, penampilannya pada malam itu menerima kritikan netizen gara-gara mengenakan pakaian berwarna kulit yang dianggap tidak bersesuaian.

Akim dan Stacy berkahwin pada 5 Februari 2016 dan dikurniakan seorang seorang cahaya mata perempuan, Eshaal, 2. Pasangan ini turut mempunyai anak angkat bernama Bella, 7.

Stacy memeluk Islam di pejabat Agama Islam Johor Bahru, Johor pada 24 Ogos 2015

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendingsangat.pw/influencer-dakwa-digugurkan-dari-muzik-video-krn-stacy-cemburu-sekali-akim-masuk-komen/

Be the first to comment on "Influencer Dakwa Digugvrkan Dari Muzik Video Krn Stacy Cemburu, Sekali Akim Masuk Komen"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*