“Mak! Nanti Jumpa Di Pasar Malam Ok”- Michael Ang Persoal SOP Tahun Baru Cina Dianggapnya Lucu

Pada 4 Februari, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan prosedur operasi standard(SOP) Tahun Baru Cina (CNY) dan juga mengeluarkan SOP baru untuk aktivit perniagaan di mana kedai gunting rambut, pasar malam dan perkhidmatan mencuci kereta dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Sejak itu, kedua-dua pengumuman ini menimbulkan heboh di kalangan netizen kerana terdapat beberapa kelemahan dalam SOP yang telah membuat rakyat mempersoalkan perlunya SOP ini.

Isu pertama yang dibincangkan oleh netizen mengenai SOP bahawa menziarah hanya dibenarkan untuk ahli keluarga dari keluarga yang sama dan perjumpaan makan malam  hanya boleh diadakan di kalangan ahli keluarga terdekat. Namun rata-rata netizen mendapati pengumuman ini tidak mengubah apa-apa.

Tak Boleh Ziarah Keluarga Tapi Pasar Malam Dibuka

Memandangkan pasar malam dibenarkan untuk beroperasi tetapi menziarah hanya dibenarkan dalam rumah  yang sama, netizen mengatakan bahawa ahli keluarga dan saudara-mara boleh bertemu di pasar malam.

Hal ini turut dipersetujui oleh pengarah terkenal Michael Ang di laman Instagramnya. Michael berkata,  SOP ini dianggap lucu kerana walaupun tidak dapat pulang ke rumah ibunya tapi  boleh berjumpa di Pasar Malam.

Sementara itu, rata-rata netizen mempersoalkan kenyataan Michael ini. Para peniaga pasar malam bimbang jika semua keluar bersesak di Pasar Malam ketika CNY. Dan berkemugkinan MKN akan menarik semula kebenaran untuk Pasar Malam beroperasi ketika PKP.

Walaubagaimanapun, Michael berkata dia tidak berniat untuk memperkecilkan peniaga Pasar Malam. Kenyataannya tentang SOP tahun baru cina itu hanya sekadar gurauan dan bahan jenaka.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : https://murai.my/2021/97889/mak-nanti-jumpa-di-pasar-malam-ok-michael-ang-anggap-sop-cny-lucu/

Be the first to comment on "“Mak! Nanti Jumpa Di Pasar Malam Ok”- Michael Ang Persoal SOP Tahun Baru Cina Dianggapnya Lucu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*