Dihambur Dengan Komen Luc4h, Isteri Shuk Sahar Bidas Balik – “awak tak layak bernikah…”

Selepas tersebar kontrversi yang melibatkan rumah tangga pengacara Shuk Sahar dan isteri, Rossalennah Natassiah Asshaferah, pelbagai komen yang diterima daripada netizen di laman sosial.

Selain mendoakan agar hubungan mereka kembali jernih, ada juga segelintir netizen yang sanggup melemparkan kata-kata berbaur luc4h.

Menerusi Instagram milik Rossalennah, seorang pengikut mengingatkan untuk tidak membuka a1ib suami ketika berselisih faham.
Lebih menggelikan, apabila individu tidak bertanggungjawab itu meninggalkan komen ‘k0tor’.

“Maaf la abang cakap sikit untuk adik berdua..Shuk lepas ni bini hang merajuk hang sumbat ja bata** hang dalam mulut dia.

“Nanti pandai la dia datang balik kat hang. Kalau dia burukkan hang kat Instagram (IG), hang buat ja lagu tu.

“Dia pun tak boleh hidup tanpa bata** hang. Simpan a1ib suami baik-baik,” tulis pengguna yang menggunakan nama @fathullah_noor.

Tidak mendiamkan diri, Rossalennah membidas dengan menyatakan lelaki itu tidak layak untuk berkahwin.

“Maaf ya, perempuan bukan untuk ditindas. Kalau macam tu awak anggap perempuan, awak tak layak bernikah dan hidup berumah tangga. Isteri bukan sekadar lampias n4fsu,” balasnya.

Terdahulu,Rossalennah mendedahkan suaminya itu masih lagi menjalinkan hubungan dengan Fara Salleh.

Jelas Rossalennah lagi, dia juga bertindak menerjah ke rumah wanita tersebut untuk meminta suaminya pulang ke rumah namun terpaksa beredar dengan hampa.

Susulan isu itu, Shuk secara rasmi digantung perkhidmatannya menjadi deejay di stesen Hot FM berkuat kuasa pada Isnin (25 Januari 2021).

Ingin memulihkan keadaan, Shuk tampil mengakui kesilapan dirinya menerusi sebuah entri yang dimuat naik di IGnya.

Sumber : GEMPAK

Be the first to comment on "Dihambur Dengan Komen Luc4h, Isteri Shuk Sahar Bidas Balik – “awak tak layak bernikah…”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*