17 Orang Sedang Berseronok Sambut Hari Jadi Bertukar Malang Kena Serrbu

Langkawi: Keseronokan 17 individu meraikan hari lahir bertukar malang apabila dikompaun kerana ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sebuah rumah di kawasan Makam Mahsuri di sini, semalam.

Sepasukan polis yang melakukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) PKP menyerrbu rumah itu pada 1 pagi selepas mendapati banyak kenderaan di kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari berkata, polis mendapati 13 lelaki dan empat wanita dewasa berkumpul dalam rumah itu sambil mengadakan sambutan hari lahir.

“Seramai 17 individu dewasa berusia di antara 18 dan 32 tahun itu adalah penduduk tempatan dan menetap di sekitar Langkawi.

“Kesemuanya dikenakan kompaun RM1,000 setiap seorang,” katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Rabu lalu, polis Langkawi turut mengeluarkan kompaun kepada pasangan pengantin baharu dan 17 rakan mereka yang berpakaian sedondon kerana me4nggar SOP selepas berkumpul dan bergambar berkumpulan di Taman Nilam di sini.

KREDIT HMetro

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

 

Be the first to comment on "17 Orang Sedang Berseronok Sambut Hari Jadi Bertukar Malang Kena Serrbu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*