Status terakhir Aiman jadi perhatian. Bapa Aiman pula mula luah sesuatu

Ibu kepada penyanyi Aiiman Tino, Hazelina Mat Jalil menerusi Instagramnya terkilan dengan sikap anaknya yang dikatakan mula berubah selepas mengenali seorang wanita bernama Fara Hanis.

Perkara tersebut didedahkan Hazelina menerusi satu hantaran Instagram yang memberi bayangan kehidupan pelantun lagu Dendam Simp4ti itu dikongkong oleh wanita itu.

Tambah Hazelina, anaknya gagal dihubungi sehingga mengganggu semua urusan berkaitan kerjayanya sebagai penyanyi.

” Kalau dah tak mahu jadi artis, sila buat pengumuman dan jangan susahkan kami.

” Macam itulah kalau dah dikongkong. Panggilan tak angkat, wartawan dan stesen televisyen turut mencari. Harap maklum pada yang berkenaan,” katanya dalam entri tersebut.

Lebih mengejutkan, hantaran yang dipercayai ditujukan kepada Aiiman turut mendapat tanda suka (like) daripada akaun rasmi milik Aiiman Tino selepas beberapa minit dikongsi Hazelina.

Pemantauan Kosmo! menerusi InstaStory Hazelina turut memuat naik turut menulis status amaran kepada seorang wanita yang dikenali sebagai Fara itu.

” Fara Hanis (Fewa), aku tidak teragak-agak cari mak bapa kau, perempuan ##!.

” Instagram Aiiman, bukan dia yang jaga. Kau yang buka semua, rahsia kau dah pecah,” tulisnya.

Bagaimanapun, usaha K0smo! mendapatkan komen dan pengesahan daripada pihak Aiiman dan keluarganya gagal.

‘Jawablah panggilan kami Aiman’-Bapa pula bersuara

Kuala Lumpur: “Mak dia kata, kalau dah tak mahu jadi artis, cakap!”

Demikian kata bapa kepada penyanyi Aiman Tino, Yusri Ishak ketika dihubungi bagi mengulas mengenai dakwaan penyanyi lagu Ku Rela Dibenci itu menghilangkan diri.

Menurut Yusri, sejak kebelakangan ini, Aiman sering gagal dihubungi syarikat rakaman dan syarikat produksi.

“Kadang-kadang, ada wakil daripada syarikat produksi yang gagal menghubunginya akan menghubungi saya dan isteri.

“Kalau saya hubungi pun kadang-kadang, dia tak jawab panggilan. Saya hantar mesej menerusi WhatsApp pun tak balas,” katanya kepada Harian Metro.

Yusri berkata, sebagai artis, dia sepatutnya menjaga hubungan dengan orang dalam industri terutamanya rakan media.

“Media umpama kawan. Kalaulah dia terlalu sibuk sampai tak sempat nak jawab panggilan pun, setidak-tidaknya, balas mesej atau buat panggilan balas.

“Jadi, tidaklah menyusahkan urusan kerja orang lain,” katanya.

Sementara itu, usaha Harian Metro untuk mendapatkan Aiman juga tidak berjaya apabila panggilan telefon serta mesej yang dihantar tidak berbalas.

Isu ‘kehilangan’ Aiman mula menjadi bualan selepas ibunya, Riena menulis luahan rasa terkilannya dengan sikap anaknya di Instagram.

Di Instagram, Aiman tidak ada sebarang perkongsian terbaharu mengenai perkara itu.

Hantaran terakhir dimuat naik pada 30 Januari lalu.

“Aiman rindu sangat nak bercuti lagi2 tempat sekarang banyak tempat tengah winter.” tulis Aiman di laman ig beliau

Ini respon pengurus Aiiman

Dalam pada itu, pengurusnya, Mahathir ketika dihubungi memberitahu, pihak label tidak mengetahui apa-apa tentang masalah yang berlaku antara Aiiman dan ibunya.

” Kami memang tidak tahu masalah antara mereka. Tapi Aiiman pernah memberitahu dia ada pulang ke rumah keluarganya di Kuala Kubu Bharu bulan lepas,” katanya.

Terdahulu pada 5 Januari lalu, Hazelina pernah memuat naik sekeping foto Aiiman dengan kapsyen meluahkan rasa rindu dan sayang terhadap anaknya itu.

Sementara itu usaha pihak media untuk mendapatkan pengesahan dan kenyataan daripada Aiiman sendiri gagal apabila penyanyi berusia 22 tahun itu enggan mengulas mengenai status yang dimuat naik ibunya.

Pada 5 Januari lalu, Riena ada memuat naik foto Aiiman dengan kapsyen meluahkan rasa rindu dan sayang terhadap anak lelakinya itu.

” Dia tak rindu saya ke ya. Apa-apa pun, saya sayang dan rindu dia,” kata Hazelina.

Dalam perkongsian berasingan, Hazelina menerusi Instastory turut memuat naik status amaran kepada seorang wanita yang dipercayai kekasih Aiiman.

” Aku tidak teragak-agak cari mak bapa kau, perempuan xxx!” tulisnya.

Riena dan suaminya iaitu Yusri Iskhak mempunyai 11 orang anak termasuklah Aiiman dan penyanyi Fara Hezel.

Sementara itu, menerusi artikel bertarikh 1 Februari 2020, Aiiman Tino memberitahu dia tidak meletakkan sasaran untuk mendirikan rumah tangga dalam masa terdekat.

Penyanyi lagu Rela Dibenci ini berkata, perkara berkaitan perkahwinan memerlukan perancangan yang serius.

” Buat masa kini memang saya tak ada perancangan atau sasaran bila nak khwin. Lagipun, saya sendiri tak tahu bila jodoh saya akan tiba.

” Soal kahwin perlukan perancangan yang sangat serius. Saya ini jenis tak nak la berkenalan terlalu lama, kalau dah okey, saya terus kahwin sahaja.

” Tapi saya masih ada abang yang belum berkahwin. Jadi, biarlah abang saya itu jalan dahulu,” kata Aiiman.

 

Sumber:mstar

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendingsangat.pw/ayoh-aiman-car-anok-dio/

Be the first to comment on "Status terakhir Aiman jadi perhatian. Bapa Aiman pula mula luah sesuatu"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*