Tahniah! ‘Detektif Lim’ Sah Bergelar Suami

Buat pembaca yang lahir sekitar tahun 90, pastinya kenal dengan pelakon yang memegang watak sebagai Detektif Lim menerusi drama Gerak Khas yang pernah popular satu ketika dahulu.

Malah, sehingga kini ia masih lagi releven dan ditayangkan menerusi saluran TV3 dengan barisan pelakon yang hebat termasuk Erra Fazira dan Ungku Ismail Aziz.

Terbaharu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri telah memuat naik sekeping gambar di laman Twitter bahawa dirinya terserempak dengan watak Detektif Lim atau nama sebenarnya Farid Amirul Hisham Abdullah.

“Selamat Pengantin Baru diucapkan kepada “Detektif Lim” daripada Gerak Khas! Kebetulan terserempak dengan beliau selepas selesai urusan di JAWI, Kuala Lumpur,” tulisnya

Dr. Zulkifli turut mendoakan agar Farid dan isterinya berbahagia selain dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah.

Kami turut mengucapkan tahniah dan semoga rumah tangga yang dibina akan kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

 
 
 
 
 
View this post on Instagram
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by Zulkifli Ismail (@aktorzulkifli)

 

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber foto: Twitter Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

via Hfm

 

Be the first to comment on "Tahniah! ‘Detektif Lim’ Sah Bergelar Suami"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*