Bertuah betul 2 bibik… terima telefon baharu, gelang emas pun pernah dapat

“UNTUNGNYA dapat bos yang baik hati!”

Demikian komen seorang netizen terhadap sebuah video yang dikongsikan di laman TikTok, menunjukkan seorang wanita membuat ke.jutan hadiah buat dua pembantu rumahnya.

Menerusi rakaman tersebut, ia bukanlah hadiah yang pertama diberikan oleh majikan tersebut sehingga kedua-dua pembantu rumah cuba meneka apakah k.ejutan kali ini.

Hadiah itu merupakan telefon bimbit serta aksesori gajet untuk setiap seorang, yang mungkin tidak terlintas dalam fikiran majikan kerana ia hanya mengg.anggu tumpuan pembantu rumah.

Bibik Nor (kiri) dan bibik Kini.

Majikan berkenaan, Hartini Sulaiman berkata, kejutan tersebut dibuat untuk dua pembantu rumahnya warga Indonesia berusia 40 dan 27 tahun, yang berkhidmat lebih setahun lalu.

Wanita berusia 41 tahun itu memberitahu, idea tersebut bermula selepas telefon bimbit milik salah seorang daripada pembantu rumahnya itu mengalami kerosakan.

“Telefon milik salah seorang bibik (panggilan pembantu rumah) rosak, dan dia ada menyuarakan hasrat untuk membeli telefon yang baru sebaik dapat gajinya akan datang.

“Saya pun tergerak hati untuk menghadiahkannya telefon yang baru. Tapi kalau saya beli untuk seorang bibik saja, nanti seorang lagi bibik akan terasa. Jadi, saya hadiahkan untuk kedua-duanya untuk berlaku adil,” katanya kepada mStar.

Kak Bie (tengah) menganggap dua pembantu rumahnya seperti keluarga.

Lebih dikenali sebagai Kak Bie, katanya, dia tidak melihat ‘bibik-bibiknya’ sebagai pembantu rumah semata-mata, sebaliknya telah dianggap sebagai keluarga.

“Mereka saya anggap lebih kepada famili. Saya tahu segelintir majikan termasuk dalam rakan-rakan saya mengalami pengalaman buruk dengan pembantu rumah mereka.

“Syukur saya tiada masalah dengan bibik-bibik. Mereka rajin dan bagus buat kerja, jadi adalah wajar untuk saya hargai mereka,” ujarnya yang berasal dari Kuantan, Pahang.

Dua pembantu rumah turut menerima hadiah gelang emas.

Usahawan bagi produk kecantikan itu bagaimanapun tidak melihat pemberian tersebut akan mengg.anggu konsentrasi pekerjanya kerana mereka telah mempunyai gajet sendiri sejak mula berkhidmat dengannya.

“Kedua-dua mereka telah berkahwin dan keluarga masing-masing di Indonesia. Bibik Kini (40 tahun) dah ada tiga anak dan bibik Nor (27 tahun) pula belum lagi dikurniakan zuriat.

Syukur saya tiada masalah dengan bibik-bibik. Mereka rajin dan bagus buat kerja, jadi adalah wajar untuk saya hargai mereka

HARTINI SULAIMAN (KAK BIE)

“Seminggu sekali mereka akan berhubung dengan suami dan keluarga bagi mengubati kerinduan. Sebagai majikan, kita boleh pantau pergerakan dan aktiviti mereka, tapi jangan putuskan hubungan dan kasih mereka dengan keluarga,” ujar ibu kepada dua cahaya mata itu.

Bukan hadiah pertama, Kak Bie memberitahu, banyak hadiah yang telah diberikan kepada kedua-dua pembantu rumahnya itu termasuk yang pernah berkhidmat dengannya sebelum ini.

Kak Bie merupakan usahawan produk kecantikan.

“Biasanya baju, tudung dan produk kecantikan. Saya juga pernah hadiahkan mereka gelang emas sewaktu pemberian bonus kepada pekerja syarikat saya akhir tahun lalu.

“Jika sebelum ini saya berikan mereka wang bonus, tapi kali ini saya ubah dengan berikan gelang emas sebagai bonus tahunan kepada kira-kira 40 kakitangan.

“Dua bibik serta dua pengawal keselamatan saya juga saya hadiahkan gelang emas pada majlis yang sama akhir tahun lalu,” katanya yang menetap di Rantau Panjang, Kelantan.

Sehubungan itu, Kak Bie berkata, adalah wajar untuk menghargai pembantu rumah sekiranya mereka benar-benar berkhidmat dengan komited dan ikhlas.

“Tuhan bagi kesenangan kepada kita bukan untuk kita rasa seorang, tapi rezeki itu turut dikongsikan dengan ramai orang termasuklah pembantu rumah,” katanya.

 

 

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber: mstar

Be the first to comment on "Bertuah betul 2 bibik… terima telefon baharu, gelang emas pun pernah dapat"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*