Baru Je Kongsi Gambar Dgn Suami, Sekali Alyah Kena Sindir “Kalau nak ca.ci, m.aki dan hi.na saya di ruangan lain”

Kuala Lumpur: “Tak tunjuk gambar dengan suami, dituduh macam-macam. Apabila muat naik di Instagram, lain pula dicakap. Apa yang netizen nak sebenarnya?” soal penyanyi Datin Alyah mengenai sikap netizen yang menulis di ruangan komen Instagram miliknya.

Alyah berkata, komen berbaur sindiran muncul sejurus dia muat naik hantaran gambar bersama suami, Datuk Ramli MS, semalam.

Menurut Alyah yang juga penyanyi lagu Meluruh itu, dia mengambil pendekatan menyekat pengguna akaun berkenaan.

“Tak fahamlah dengan orang yang bu.suk hati. Saya muat naik detik bahagia, perkongsian dan rasa syukur. Rasanya tak kacau orang pun, tapi masih ada yang masuk Instagram saya bagi ayat sindiran.

“Kalau nak ca.ci, m.aki dan hi.na saya di ruangan lain saya memang tak ambil peduli, tapi apabila masuk Instagram saya dan komen dengan ayat sindiran yang anda sendiri tidak tahu cerita dari awal, bermakna anda masuk rumah saya dan buat hal dalam rumah saya. Takkan saya nak diam.

“Saya mesti simbah air pan.as dengan orang macam ini. Biar dia tahu adab masuk rumah orang,” katanya.

Alyah menjelaskan keterangan gambar ‘I’m not ur bibik anymore, Kita seri bro’ itu merujuk kepada hantaran yang pernah dimuat naik ketika program Gegar Vaganza musim ketujuh berlangsung tahun lalu.

“Ramai sangat yang buat spekulasi mengenai kapsyen bibik ni. Kapsyen ini sambungan gurauan saya untuk gambar saya bersama suami semasa peringkat separuh akhir GV yang lalu.

“Jadi tak perlulah menokok tambah cerita yang tak ada. Apa yang lepas tu biarlah berlalu,” katanya.

Gambar memaparkan Alyah dan suami berpakaian sedondon warna kuning itu diambil ketika majlis pernikahan anak perempuan Ramli hasil perkahwinan dengan Jennifer Thompson, baru-baru ini.

Alyah Tak Faham Sikap Warganet

MUAT naik gambar sedih kena kecam, muat naik gambar gembira pun tak boleh. Apa yang warganet nak sebenarnya?,” kata penyanyi popular, Datin Alyah mengenai sikap segelintir warganet yang kurang senang dengan setiap perkara dimuat naik di Instagram (IG) mahu pun IG Stories.

Alyah atau nama sebenarnya Noor Hasliah Abu Hasan, 38, berkata dia sendiri tidak faham apa yang diinginkan warganet dalam media sosial hari ini.

Malah, dia beranggapan sepatutnya setiap daripada mereka perlu muhasabah diri dan tidak bersikap busuk hati dengan sesiapa saja.

“Kadang-kadang tak faham sikap warganet ni. Serba serbi tak kena. Seolah-olah mereka lebih tahu dan ingin menentukan hala tuju hidup seseorang.

“Cuba sesekali bersikap rasional dan terbuka tanpa memandang negatif pada setiap apa yang dimuat naik. Saya pun ada kehidupan sendiri dan ingin bebas macam orang lain.

“Lagi pula, IG saya adalah hak saya. Apa yang dimuat naik ini adalah apa yang dilalui. Saya tak ada masa nak berpura-pura di IG,” katanya kepada Harian Metro.

Bagaimanapun, Alyah yang kini muncul dengan single Meluruh tetap memuji dan berterima kasih kepada pihak yang sentiasa memberikan kata-kata semangat untuknya.

“Saya tak kata semua negatif, sebab masih ramai lagi yang positif dalam perkara sebegini. Malah, mereka sentiasa memberikan kata-kata semangat.

“Bagi saya, orang seperti mereka yang patut diberi perhatian. Apatah lagi, saya pula jenis yang tidak sukakan aura negatif dalam hidup,” katanya

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Jom Like Page Kami Juga Di Facebook

Sumber : http://trendingsangat.pw/2021/02/datin-alyah-nak-sim-dgn-air/

Be the first to comment on "Baru Je Kongsi Gambar Dgn Suami, Sekali Alyah Kena Sindir “Kalau nak ca.ci, m.aki dan hi.na saya di ruangan lain”"

Leave a comment

Your email address will not be published.


*